Geram Nasi Dalam Bekas Tapau Selalu Terbazir Di Lubang Lekuk Ni? Ini Jawapannya Kenapa Ia Direka Sebegitu Rupa.

 

Setiap bentuk atau fungsi yang dicipta dalam sebuah produk pastinya mempunyai alasan dan kegunaan yang tertentu. Walaupun bentuknya kecil atau tidak terfikir oleh pengguna, setiap bahagian produk yang direka pastinya mempunyai maksud tertentu yang tidak dijangkau oleh pemikiran.Reka bentuk bekas tapau makanan yang mesra alam bagi pengguna telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi menggantikan bekas makanan berbentuk polistren dan plastik yang memberi ancaman kesihatan. Namun, sedarkah kita garis lekuk yang direka pada bekas tersebut mempunyai fungsi yang tertentu?

Tular di media sosial apabila seorang pengguna twitter penyair_hatii memuatnaik status mempersoalkan fungsi lekuk pada bekas tersebut yang dikatakan membazir kerana beliau sukar menghabiskan makanan yang tersisa.

Perkongsian itu mendapat lebih daripada 4 ribu “retweet” dari pengguna dengan rata-ratanya memberikan jawapan dan andaian mereka tersendiri.

Namun, pertanyaan itu dijawab oleh seorang pengguna twitter Orkedlaaa yang menjelaskan bekas makanan tersebut dicipta bagi memudahkan proses kitar semula.

Jelasnya, saintis dan alam sekitar berusaha keras bagi memelihara alam sekitar dari terus tercemar. Satu pencapaian besar dalam inovasi apabila mereka berjaya menemukan cara mengurangkan bahan buangan plastik.

Lekuk pada plastik seperti yang menjadi persoalan oleh pengguna tersebut sebenarnya berfungsi untuk menguatkan struktur bekas. Lengkungan pada bahagian bawah tersebut menjadikan bekas lebih kukuh dan tahan dari mudah rosak.

Siakapkeli.my

Sumber : penyair_hatii

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password