GEGAR LAWAK AKHIR

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: GEGAR LAWAK AKHIR

 

Pada hari Jumaat ini (16 Mac 2018), lima finalis Gegar Lawak iaitu Padil, Eyya, 2B, Kiut dan Abata bakal bersaing dengan membuat dua persembahan lawak bertemakan ‘muzikal’ dan ‘bebas’ bagi memburu gelaran juara, seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.

Barisan pelapis terbaik pelawak tanah air bagi program tersebut telah diketahui pada Jumaat lalu apabila pengacara program, Fad Bocey dan Kamal Adli mengumumkan secara langsung barisan lima peserta yang berjaya ke pentas akhir itu.

Mereka terdiri daripada dua peserta solo iaitu Padil dan Eyya, kumpulan 2B yang merupakan wakil tunggal peserta duo serta dua peserta trio iaitu Kiut dan Abata.

Kegembiraan berganda buat Abata apabila mereka turut memenangi anugerah ‘Man On Demand’ iaitu gelaran yang diberikan kepada peserta terbaik pada minggu tersebut.

Nabil Ahmad, anak seni yang juga bermula sebagai seorang pelawak solo amatur menerusi pertandingan pencarian bakat lawak dan kini sudah satu dekad berkecimpung dalam dunia hiburan, akan turut turun padang selaku Juri Jemputan untuk menilai para finalis dan memberi sokongan terhadap mereka.

Kelima-lima finalis akan diadili dengan pemberian markah sebanyak 70% daripada barisan juri dan 30% daripada undian penonton yang dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Untuk makluman, bagi naib juara akan membawa pulang RM25,000 dan pemenang tempat ketiga pula RM15,000. Manakala sagu hati sebanyak RM10,000 menanti pemenang tempat keempat dan RM5,000 bagi pemenang tempat kelima.

Pentas akhir Gegar Lawak akan dipancarkan secara langsung jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan siaran serentak di Warna HD (saluran 134).

Penonton juga turut boleh bergelak tawa dengan menonton program in melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password