Gara-Gara Merokok Dalam Tandas Pesawat, Pelancong Asing Warga China Bakal Dikenakan Hukuman RM25,000 Atau Setahun Perjara..

Gara-Gara Merokok Dalam Tandas Pesawat, Pelancong Asing Warga China Bakal Dikenakan Hukuman RM25,000 Atau Setahun Perjara..

 

 

PELANCONG warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau hari ini, atas pertuduhan merokok di tandas pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Selasa lalu lapor Harian Metro.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Li Jin Ming, 41, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Rendah Puspawati Sangut.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didapati merokok di dalam tandas D, pesawat Air Asia AK5746 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA 2) ke Lapangan Terbang Tawau, 1.01 petang, Selasa lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 100, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Puspawati membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin tempatan dan menetapkan 25 Januari untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memerintah tertuduh menyerahkan pasportnya dan melapor diri kepada pegawai penyiasat seminggu sekali.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superitendan Nur Intan Jamrin, manakala tertuduh diwakili peguam, Liew Ho Min.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password