Gara-Gara Beli Telefon Bimbit Tanpa Pengetahuan Suami, Isteri Dan Dua Anak Mati Dibunuh Oleh Suami Sendiri..

Gara-Gara Beli Telefon Bimbit Tanpa Pengetahuan Suami, Isteri Dan Dua Anak Mati Dibunuh Oleh Suami Sendiri..

 

TANGERANG: Apabila amarah menguasai diri, masalah yang paling remeh sekalipun boleh menjadi pencetus kepada tindakan yang memusnahkan diri dan keluarga.

Image result for Sang Suami Jadi Tersangka Pembunuhan Ibu dan Anak di Tangerang

Itulah yang terjadi kepada Muchtar Efendi, 60 tahun, yang hilang kewarasan diri apabila mendapati isterinya membeli sebuah telefon bimbit tanpa pengetahuannya.

Muchtar, atau lebih dikenali sebagai Abi, bertindak membunuh ahli keluarganya sendiri setelah bertengkar dengan isterinya Ema, 40 tahun, dan dua anaknya Nova, 23 tahun, serta Tari, 13 tahun.

Image result for Sang Suami Jadi Tersangka Pembunuhan Ibu dan Anak di Tangerang

Dalam kejadian di Perumahan Taman Kota Permai 2, di Kota Tangerang itu, Muchtar menghabisi nyawa ketiga-tiga ahli keluarga di rumah mereka pada Isnin dipercayai kerana masalah kewangan, lapor media tempatan.

Berdasarkan hasil autopsi, ketiga-tiga mangsa dikesan dengan beberapa luka tusukan di leher dan perut.

Menurut saksi, suspek dan isteri sering bertengkar, malah tiga hari sebelum kejadian mereka dilihat bertelagah tentang masalah kewangan.

Polis dalam kenyataan berkata Muchtar dipercayai merancang pembunuhan itu menggunakan sebilah pisau yang disembunyikan di dalam almari di bilik belakang di mana dia ditemukan.

Effendi, Suami dari Korban Pembunuhan Sadis di Tangerang Ditetapkan sebagai Tersangka

Muchtar kini menjalani rawatan di sebuah hospital setelah cubaannya membunuh diri gagal.

Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password