(Gambar & Video) Seekor Harimau Liar Ditemui Terbaring Depan Rumah Penduduk, Datang ‘Minta Tolong’ Rawat Kesakitan Ditanggungnya

 

Seekor harimau dalam kategori spesis yang terancam menentang naluri kebiasaanya dengan keluar daripada habitat semata-mata untuk mencari bantuan manusia akibat kesakitan tak tertanggung daripada masalah gigi dan gusi yang dihidapi.

Satu daripada 500 ekor harimau Siberia yang tinggal dihabitat bersalji di timur Rusia ditemui dihadapan sebuah rumah terpencil didaerah tersebut.  Galina Tsimano, jiran kepada tuan rumah tersebut menjelaskan bagaimana dia terkejut melihat seekor harimau terbaring dihadapan pintu rumah jirannya pada awal pagi itu.

“Alexey ingin membuka pintunya pada waktu pagi namun, pintunya seakan ditahan oleh sesuatu daripada luar.”

“Ketika sedang mencuba untuk membuka pintu, dia seakan terdengar ngauman harimau tersebut dan segera berundur untuk menhubungi pihak berwajib.”

Pasukan kecemasan sebaik tiba cuba untuk menghalau dan mendekati harimau tersebut namun anehnya, pemangsa tersebut berkelakuan tenang dengan membiarkan sahaja mereka mendekatinya dan daripada riaknya juga jelas terlihat kesakitan yang dialami.

Pakar yakin bahawa harimau ini cuba mencari bantuan manusia sebagai usaha terakhirnya untuk menyelamatkan diri.  Pasukan kecemasan yang tiba dirumah Alexey kemudian memindahkannya ke pusat pemulihan yang terletak di Alekseevka.

Disini, pakar memberitahu bahawa pemangsa itu baru berusia 10 tahun, betina dan sedang mengalami masalah serius dibahagian rahangnya.  Mujur saja dia tidak dicederakan oleh pemburu haram yang selalu berlegar didalam hutan tersebut.

Ketua Pemeliharaan dari Kementerian Sumber Asli berkata, harimau tersebut keletihan kerana masalah gusi serius yang dihadapi dan kehilangan gigi atas yang turut menyukarkannya untuk makan dengan betul selain menyebabkan kekurangan zat dan kehilangan berat badan yang mendadak.

Ia kini sedang menjalani diet daging serta diberikan suntikan antibiotik untuk terus bertahan.  Beliau juga menambah bahawa tidak dapat menyembunyikan fakta dimana keadaan harimau itu sangat menyedihkan dan kami sangat berharap agar harimau ini mampu bertahan.

“Kami benar-benar berharap agar ia akan terus hidup dan akan melakukan apa saja untuk menyelamatkannya.”

Sumber: Daily Mail

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password