Gambar polis ‘berhibur’ – KDN nafi siasatan cincai

Lapan anggota polis Johor yang dirakamkan melalui video atau gambar berkelakuan tidak sewajarnya masih di bawah siasatan dalaman.

Menurut jawapan bertulis parlimen, Kementerian Dalam Negeri berkata siasatan dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mereka jika dakwaan tersebut mempunyai asas,” kata kementerian itu.

Jawapan itu adalah susulan kepada soalan daripada Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, yang menyoal mengenai tindakan yang diambil terhadap anggota polis terbabit, selain memindahkan mereka.

Jawapan bertulis kementerian itu tidak menunjukkan sebarang tindakan selanjutnya telah diambil.

Lim merujuk kepada klip video yang diedarkan secara meluas yang memaparkan beberapa anggota polis didakwa sedang berhibur bersama tauke judi haram di sebuah pusat hiburan yang terletak di Pusat Perniagaan Bakri, Muar dan gambar seorang anggota polis yang berpegangan tangan dengan mesra bersama seorang wanita berseluar pendek.

Kementerian Dalam Negeri juga menafikan dakwaan Lim bahawa siasatan dilakukan secara “cincai” atau “mala fide” membawa kepada pendakawaan salah.

“Dakwaan menyatakan bahawa siasatan polis dibuat secara cincai atau mala fide adalah tidak berasas kerana semua siasatan tidak terhenti di peringkat polis sahaja tetapi turut dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk keputusan akhir sama ada dituduh di mahkamah atau sebaliknya.

“Mana-mana individu boleh mencabar keputusan tersebut di mahkamah sekiranya tidak berpuas hati dengan siasatan polis dan keputusan yang dibuat oleh timbalan pendakwa raya,” kata kementerian.



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password