‘GADIS AFGHAN’ BERMATA HIJAU MENJADI TERKENAL DI SERATA DUNIA DAN MENJADI SIMBOL KEDAMAIAN, NAMUN KEHIDUPANNYA TIDAK SEINDAH NAMA JOLOKANNYA YANG IKONIK ITU! – MEDIA OHSEM

‘Gadis Afghan’ bermata hijau menjadi terkenal di serata dunia dan menjadi simbol kedamaian, namun kehidupannya tidak seindah nama jolokannya yang ikonik itu!

‘Gadis Afghan’ bermata hijau menjadi terkenal di serata dunia dan menjadi simbol kedamaian, namun kehidupannya tidak seindah nama jolokannya yang ikonik itu!

Majalah National Geographic mendapat nama dan menjadi ikon dunia fotografi yang terkenal apabila jurufoto Steve McCurry mengambil foto seorang gadis Afghan bermata hijau dan cantik yang baru berusia 12 tahun di sebuah kem pelarian di Pakistan pada tahun 1984.

Imej misteri Sharbat Gula dengan mata hijaunya yang memukau telah menaikkan nama jurufoto Steve McCurry sebagai jurufoto tersohor dengan mencipta sejarah penampilan imej muka depan majalah yang paling terkenal sepanjang zaman.

Foto ‘Gadis Afghan’ bermata hijau diambil oleh jurufoto Steve McCurry pada tahun 1984 di kem pelarian Nasir Bagh di Pakistan semasa usianya 12 tahun.

Ketika foto itu diambil, Steve tidak mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai gadis cantik bermata hijau ini.

Ketika itu, Afghanistan telah ditawan oleh Rusia dan keluarga Sharbat Gula telah melarikan diri ke Pakistan dan menjadi pelarian di kem pelarian Nasir Bagh, Pakistan pada tahun 1984.

Sharbat Gula tinggal bersama nenek, seorang abang dan tiga orang kakak pada ketika itu. Ibubapa Sharbat Gula telah terbunuh dalam satu serangan bom tentera Rusia di Afghanistan ketika usianya 7 tahun.

Kehidupan Sharbat Gula yang sukar dengan reaksi wajahnya itu telah memancarkan imej yang tidak dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja yang memandang foto itu menerusi renungan matanya yang hijau dan cantik. Walaupun begitu, Sharbat Gula tidak pernah melihat fotonya itu sehingga 17 tahun kemudian.

Imej misteri memukau yang menjadi imej muka depan terkenal lalu melakar sejarah dalam bidang fotografi dan majalah.

Pada tahun 2002, selepas tragedi 11 September, Steve McCurry membuat keputusan untuk menjejak kembali Sharbat Gula di sebuah kampung terpencil di Afghanistan. Setelah berusaha gigih menjejaki Sharbat, akhirnya Steve telah berjaya menemuinya.

Ketika itu, selepas 17 tahun kemudian, Sharbat Gula telah berkahwin pada usia 13 tahun dengan seorang pembuat roti bernama Rahmat Gul dan menjadi ibu kepada 3 orang anak perempuan.

Fotografi seumur hidup. Jurufoto Steve McCurry bersama foto hasil kerjanya ‘Gadis Afghan’ bernama Sharbat Gula dalam pameran pembukaan ‘Overwhelmed by Life’ di Muzium Seni dan Perdagangan di Hamburg, Jerman pada 27 Jun 2013.

Steve tidak dapat menemui Sharbat secara berdepan memandangkan beliau seorang lelaki yang bukan muhrim. Maka seorang penolong wanita telah dihantar untuk membantu Steve mengambil fotonya sekali lagi dengan memakai burka.

Jelas mata hijaunya yang memukau tetap sama, namun wajahnya sudah sedikit berumur walaupun di waktu itu usianya baru mencecah 29 tahun.

Steve McCurry berkata, melalui temubual yang dibuat pada waktu itu, Sharbat Gula langsung tidak berminat dengan kemasyhuran dan sebenarnya beliau tidak mengambil peduli akan imej fotonya yang terkenal di seluruh dunia itu.

Kehidupannya biasa sahaja seperti warga Afghanistan yang lain.

Namun, Sharbat sedikit berbangga apabila mereka mengatakan wajah Sharbat di dalam foto itu telah menjadi simbol maruah dan sifat daya tahan bangsanya menghadapi konflik dan peperangan.

Menggamit memori. Steve McCurry bersama hasil kerjanya yang terkenal dan foto Sharbat Gula selepas mengalami pelbagai penderitaan dalam hidup.

Semasa pemerintahan Taliban di Afghanistan, Sharbat Gula tinggal di kampung halamannya. Selepas peristiwa 11 September, tentera Amerika telah menyerang Afghanistan dan keadaan kembali bergolak.

Keluarga Sharbat Gula berpindah dari kampungnya ke wilayah Peshawar di Pakistan, yang bersempadan dengan Afghanistan. Sekali lagi mereka melarikan diri dari konflik politik dan peperangan.

Selepas tentera Amerika telah menyelesaikan misinya di Afghanistan dan melantik kerajaan baru, Afghanistan tetap bergolak dengan ancaman ISIS. Kampung halaman Sharbat Gula telah ditawan ISIS dan mereka tidak dapat pulang dan tinggal di Peshawar.

Sharbat dan keluargnya sekali lagi menjadi pelarian dan telah memohon untuk menjadi warganegara Pakistan pada tahun 2014.

‘Gadis Afghan’ kembali. Jurufoto Steve McCurry kembali ke Afghanistan pada tahun 2002 untuk menjejaki Sharbat Gula.

Pada tahun 2015, sebuah akhbar di Pakistan telah mendedahkan pihak pendaftaran data kebangsaan Pakistan telah membatalkan kad pengenalan berkomputer yang dimiliki oleh Sharbat Bibi bersama dua orang lelaki yang mengaku menjadi anak nya.

Sharbat Gula telah didakwa kerana mendapat kan kad pengenalan Pakistan secara tidak sah dan menyalahi undang – undang.

Saudara terdekat Sharbat Gula mengata kan adalah menjadi perkara biasa apabila keluarga mereka berpindah di antara Pakistan dan Afghanistan bergantung kepada situasi keselamatan. Dan ramai pelarian yang berbuat begitu. Menggunakan dokumen palsu untuk memasuki Pakistan.

Setelah dua tahun dalam penyiasatan di sempadan Peshawar, Sharbat Gula telah ditahan pada 26 Oktober 2016 oleh Agensi Penyiasatan Persekutuan Pakistan kerana kesalahan memalsukan dokumen dan tinggal secara haram di Pakistan dengan dokumen palsu.

Wanita Afghan, Sharbat Gula dengan wajah pelbagai masalah sedang menunggu perbicaraan kesnya di Peshawar, Pakistan pada tahun 2016.

Dengan bantuan Steve McCurry yang mendapat tahu berita penahanan itu , beliau telah menghubungi rakan sekerja nya di Pakistan dan Afghanistan untuk memberikan bantuan guaman dan kewangan bagi membantu Sharbat Gula dan keluarga nya.

Steve tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Pakistan yang mengetahui keluarga Sharbat Gula telah terperangkap dalam konflik di sepanjang kehidupan nya dan beliau percaya bahawa penahanan itu telah melanggar hak asasi manusia.

Sharbat Gula dan anak – anak di sambut mesra oleh Presiden Ashraf Ghani pada tahun 2016 setelah di hantar pulang ke Afghanistan dari Pakistan.

Sharbat Gula telah dijatuh kan hukuman penjara 15 hari dan telah di hantar pulang ke Afghanistan bersama anak – anak nya setelah menjadi pelarian di Pakistan selama 33 tahun.

Kepulangan Sharbat Gula bersama keluarga nya ke Afghanistan telah di sambut oleh Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani yang telah berjanji akan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada keluarga Sharbat yang telah banyak menderita ini.

Kini Sharbat Gula yang berusia 45 tahun tinggal bersama dua orang anak perempuan dan seorang anak lelakinya di sebuah pangsapuri lengkap dengan kelengkapan yang disedia kan oleh kerajaan Afghanistan. Suami dan anak perempuan sulung nya telah meninggal dunia akibat penyakit hepatitis C semasa berada di Pakistan.

Selepas menemui semula Sharbat Gula menerusi kerajaan Afghanistan, pihak National Geographic telah menaja keseluruhan perbelanjaan rawatan perubatan dan kehidupan keluarga Sharbat Gula, termasuk membayar semua perbelanjaan Sharbat Gula menunai kan haji di Mekah.

Kini kehidupan Sharbat Gula menjadi lebih selesa setelah mendapat bantuan dari pihak National Geographic dan kerajaan Afghanistan.

Dalam satu temubual nya dengan BBC, Sharbat Gula berkata beliau tidak sukakan perhatian dari media dan foto itu kerana ia lebih banyak memberi penderitaan dari mendapat kebaikan. Namun, Sharbat bersyukur kini foto itu telah membuat diri nya di hormati dan menjadi terkenal di kalangan masyarakat.

Pendapatan yang di dapati dari foto itu telah dapat membantu ramai balu dan kanak – kanak yatim yang memerlukan. Dan Sharbat Gula berasa bangga kerana telah dapat membantu orang lain.

Jelas nya lagi kepada BBC, satu perkara yang paling dikesalinya sejak foto itu diambil di kem pelarian itu ialah beliau berkahwin pada usia yang sangat muda. Sepatutnya, Sharbat memilih untuk belajar dan tidak berkahwin pada usia 13 tahun. Dengan itu, mungkin Sharbat Gula tidak menjadi buta huruf dan diperguna kan orang lain.

sumber era baru



Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password