FOTO LUCAH, AYAT ISLAMIK

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: FOTO LUCAH, AYAT ISLAMIK

 

Ramai yang mengharap agar pelakon Iqram Dinzly mengikuti nasihat Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri agar beliau dapat merasa lebih tenang selepas bertemu dengannya baru-baru ini.

Namun terkini, Iqram sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik foto memeluk sebuah patung wanita berserta tangan yang diletakkan di atas payudara patung itu.

Apa yang mencetuskan kemarahan, ayat-ayat Islamik yang mengiringi gambar tidak senonoh itu. Rata-rata naik angin apabila memuatnaik sesuatu yang tidak senonoh bersempena hari Jumaat yang mulia ini.

Ada mendakwa Iqram seolah mempersendakan agama Islam dengan memuatnaik foto seperti itu tetapi mengucapkan syukur dengan nikmat Allah. Ada juga mengatakan Iqram sudah terpesong dari ajaran sebenar.

Kami pun tidak pasti apa yang cuba dilakukan Iqram dengan memuatnaik foto seumpama itu. Kalau bergurau pun rasanya tidak kena dengan tempat Iqram bergurau kali ini. Apapun, harapnya Iqram tampil memberi penjelasan nanti.

.

.

.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password