Filem Kuntilanak padat dengan aksi seram & mendebarkan, pastinya buat korang menjerit!

Filem Kuntilanak padat dengan aksi seram & mendebarkan, pastinya buat korang menjerit!

Kepada mereka yang gemar menonton filem seram, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sebuah filem arahan Rizal Mantovani iaitu Kuntilanak 2018.  Filem seram dari Indonesia ini sarat dengan adegan yang mendebarkan pastinya buat anda menggigil.

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan kanak-kanak merancang untuk memenangi pertandingan program realiti dimana mereka ingin membuktikan kewujudan Kuntilanak. Pengambaraan yang difikir seronok bertukar tragedi apabila kuasa jahat memasuki dunia manusia melalui cermin, lalu memburu mereka.

Jalan cerita yang bermula dengan sebuah cermin antik yang misteri ini memang agak unik dan seram. Dipercayai, Kuntilanak boleh memasuki alam manusia menerusi cermin tersebut.

Seorang kanak-kanak perempuan bernama Samantha mempunyai kebolehan luar biasa apabila dia boleh berkomunikasi dengan Kuntilanak dan memerintahkan agar Kuntilanak kembali ke dunianya sendiri. Menggunakan tagline ‘Sing Kuat Sing Melihara’ yang bermaksud kepada yang bersatu pasti menang.

Sound effect juga memainkan peranan penting dalam menjayakan filem Kuntilanak ini. Setiap detik pastinya penuh dengan adegan mendebarkan dan menyeramkan sehingga penonton menjerit ketakutan.

Penonton pastinya terpukau dengan kualiti filem dari negara jiran ini. Menggunakan visual dan makeup hantu yang ‘real’, filem ini pasti membuatkan anda menjerit dan terkejut!

Menurut pengarahnya Rizal Mantovani, cabaran utama semasa pengambaraan filem ini adalah ketika berhadapan dengan kanak-kanak, namun semuanya berjaya membawa watak masing-masing dengan cemerlang. Lakonan Andryan Sulaiman Bima (Kresna), Sandrinna Michelle Skornicki (Dinda), Adlu Fahrezy (Panji), Ali Fikri (Miko), Ciara Brosnan (Ambar) dan Naufal Ho (Anjas) sememangnya menjiwai watak yang dipegang oleh mereka.

.

Pengenalan kelima-lima watak ini mendekatkan kita dengan lensa ketakutan dari kaca mata kanak-kanak yang kadangkala naif, namun jujur ketika membuat keputusan. Kuntilanak akan mula ditayangkan di seluruh negara bermula pada Hari Raya Pertama, 15 Jun 2018.

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password