Filem Dukun cecah RM6.2 juta dalam masa 4 hari tayangan, Umie Aida luah rasa syukur di Instagram

Filem Dukun yang padat dengan kisah misteri dan berjaya memukau penonton telah mencatatkan kutipan sebanyak RM6.2 juta dalam masa hanya empat hari.Baru-baru ini, watak utama filem tersebut iaitu Datin Seri Umie Aida telah meluahkan rasa gembira apabila filem Dukun telah berjaya menarik rakyat Malaysia berbilang kaum ke pawagam sehingga ia mencatatkan jumlah diluar jangkaannya.

Tambahnya, kekuatan filem tersebut bukan hanya pada watak Diana Dahlan (lakonan Datin Seri Umie Aida) sahaja tetapi semua yang terlibat dalam pembikinan karya tersebut.

.

Menerusi kapsyennya itu, beliau telah meluahkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa kerana kutipan tayangan filem Dukun mencecah RM6.2 juta. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi sokongan terhadap industri perfileman tempatan.

.

.

.

Sumber : Umie Aida

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password