Fattah, Fazura bawa teka-teki jodoh ke Mekah

Selepas disebut-sebut bertunang malam tadi, pelakon Fattah Amin dan Fazura terus mengunci mulut masing-masing mengenai apa yang berlaku di antara mereka berdua.

Sebaliknya pasangan itu mungkin memarakkan lagi gosip peminat apabila mereka berlepas menuju ke tanah suci untuk mengerjakan umrah hari ini.

Dan mereka bukan saja meninggalkan Malaysia untuk seketika, malah membawa bersama teka-teki buat peminat masing-masing.

Tanpa butiran terperinci Fattan dan Fazura menyatakan satu sidang media akan diadakan pada 23 Nov ini, iaitu selepas mereka kembali dari Tanah Suci.

“Dengan izin Yang Maha Esa, Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan,” kata kenyataan dibuat pihak pengurusan Fattah.

Terdahulu, khabar angin bertiup kencang mengenai Fattah dan Fazura yang dikatakan bakal mengikat tali pertunangan pada 13 Nov namun tiada sebarang pengumuman dibuat apabila tarikh itu tiba.

Pihak media pula mendapat bayangan kononnya satu majlis akan berlangsung malam tadi.

Maklumat terbaru pula menyatakan kenduri yang diadakan di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya malam tadi itu hanya majlis doa selamat sebelum cucunya itu dan Fattah berangkat mengerjakan umrah hari ini.

Hanya tetamu tertentu diundang dan dibenarkan memasuki kawasan kediaman berkenaan.

Mereka juga dikatakan dilarang membawa telefon bimbit semasa menghadiri majlis berkenaan.

Namun, menurut spekulasi lain pula, kedua-dua pelakon itu sememangnya telah bertunang dalam majlis berkenaan dan pernikahan akan diadakan di Mekah.

Dalam pada itu, Fattah dan Fazura turut mengambil kesempatan memohon maaf dan berharap segala urusan mereka di Tanah Suci akan dipermudahkan Allah.

“Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. InsyaAllah.

“Terima kasih atas doa-doa kalian dan insyaAllah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur,” kata kenyataan itu lagi.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password