Fatimah Az-Zahra nama sementara puteri sulung Siti Nurhaliza

Fatimah Az-Zahra nama sementara puteri sulung Siti Nurhaliza

Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.55 kilogram jam 8.17 pagi tadi di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Fatimah Az-Zahra adalah nama yang dipilih sebagai panggilan sementara untuk bayi perempuan penyanyi tersohor sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

Walau bagaimanapun, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masih merahsiakan nama sebenar anaknya itu dan akan mengumumkan nama sebenar bayi mereka semasa majlis yang akan dianjurkan kelak.

Datuk Khalid telah lama berhajat untuk menimang cahaya mata perempuan dan akhirnya tercapai juga walaupun setelah 11 tahun menanti. Beliau berasa terharu dan sebak ketika mengazankan di telinga puterinya itu.

Tambah Siti, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraannya.

Siti telah selamat melahirkan bayi sulungnya itu secara pembedahan (caesar) kini kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik dan selamat.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password