Fathia Latiff takut lihat ‘kenyataan KJ’

Sesuatu perkataan boleh membawa kepada dua atau tiga maksud berlainan dan ia mudah membawa padah apabila ditafsir hanya dengan membaca secara terburu-buru.

Jika membaca berita, membaca tajuk tanpa mengambil kira kandungan yang dipaparkan juga boleh menjadikan seseorang ditertawakan.

Mungkin Itulah yang terjadi kepada pelakon Fathia Latiff gara-gara tersalah faham perkataan “cashless” diucapkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Kita nak jadi macam zaman batu balik ke? Buat sistem barter balik. Kau bagi aku TV, aku bagi kau basikal. Takuttttttt,” tulis Fathiya menerusi Twitter.

Status pemilik nama penuh Nur Fathia Abdul Latiff, 30, itu mengundang pelbagai reaksi hingga ada netizen yang menyangka pelakon siri drama TV Ariana Rose itu terpaksa pura-pura bodoh untuk meraih populariti.

“@fatiyalatiff Kena tunjuk bodoh ke nak naikkan populariti sendu sekarang sis,” kata pengguna akaun @azraeimuhamad.

Tidak kurang juga ada pengguna alam maya mengaitkan perkataan “cashless” itu dengan kontroversi Fathiya menari dengan aksi ghairah hingga menampakkan sebahagian buah dadanya baru-baru ini.

Semasa membuat kenyataan itu Fathiya juga melampirkan keratan akhbar dipetik dari The Star Online bertajuk “Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050.”

Cashless yang dimaksudkan Khairy ialah transaksi tanpa wang fizikal namun apa yang difahami Fathiya adalah transaksi menggunakan sistem barter (pertukaran barangan).

Untuk rekod, Fathiya seorang pelakon yang juga graduan jurusan undang-undang dari sebuah universiti tempatan.

Selang beberapa minit selepas membuat kenyataan itu, Fathiya memuat naik status baru menyindir tajuk berita dipaparkan dari petikan yang dimuat naik sebelum itu.

Cashless: Banyak maksud. Nak tulis tajuk biar teghang (terang). Ini bukan tulis gosip,” katanya.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password