“Eleh, takat menyanyi macam tu, adik aku pun boleh…” – As’ad Motawh dikecam teruk kerana suara sumbang

"Eleh, takat menyanyi macam tu, adik aku pun boleh…" – As'ad Motawh dikecam teruk kerana suara sumbang

Nama As’ad Motawh jadi bualan di laman sosial selepas tersalah pitching ketika menyanyikan lagu Asalkan Kau Bahagia (Armada Band) di Indonesia.

Tidak cukup dengan insiden yang memalukan itu, As’ad yang kini dikatakan sebaris dengan artis-artis yang digelar “Budak Budak Baru Nak Up” telah ditimpa nasib malang setelah beliau terjatuh di sebuah pertunjukan fesyen ketika membuat tarian Alien Dance.

Penyanyi lagu Senyum ini juga turut dikecam netizen yang mempersoalkan penglibatannya di dalam industri seni kerana tidak mempunyai bakat selain daripada suaranya yang sumbang.

Terbaru melalui rancangan The Sherry Show and Friends, As’ad Motawh, Aiman Tino dan Nabila Razali telah dijemput untuk menyanyikan semula sebuah lagu dengan hanya dibantu lirik yang disediakan.

Namun, selepas As’ad menyanyikan lagu Kopi Dangdut itu, ramai netizen yang mengecamnya kerana tidak tahan dengan nyanyiannya yang sumbang.

Sumber : Astro Gempak

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password