‘Eleh, Dawi bin Kulak baru pakai Hilux, kau dah tunjuk samseng” – Pemandu BND424 ini teruk dikecam netizen

'Eleh, Dawi bin Kulak baru pakai Hilux, kau dah tunjuk samseng" – Pemandu BND424 ini teruk dikecam netizen

Insiden diganggu samseng jalan raya ataupun keganasan di atas jalan raya bukanlah merupakan suatu perkara yang baru di Malaysia, terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, kejadian-kejadian seperti ini kerap berlaku cuma jarang saja yang ditularkan di laman-laman media sosial.

Terbaru, seorang penunggang motosikal telah menjadi mangsa kepada kepada masalah road rage ini. Mangsa yang merupakan seorang rider Foodpanda telah ditumbuk oleh pemandu Toyota Hilux bernombor pendaftaran BND424  ekoran berang dengan tindakan rider tersebut memberhentikan motosikalnya di simpang 3 berhampiran 1 Utama.

Difahamkan, mangsa telah memberhentikan setelah disuruh berhenti oleh polis bantuan ekoran terdapat sebuah kenderaan yang rosak pada simpang tiga itu.

Akibat sikap pentingkan diri sendiri dan ingin cepat pemandu Toyota Hilux berkenaan kemudian turun dari kenderaan dan memaki hamun mangsa dan menendang motosikal mangsa.

Pemandu itu kemudian terus menumbuk mangsa beberapa kali di bahagian muka, kejadian dileraikan oleh anggota polis bantuan yang berada di tempat kejadian dan beredar meninggalkan lokasi kejadian tidak lama selepas itu.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego LC itu telah mengalami kecedaraan pada bahagian mata dan pipi kanannya setelah beliau ditumbuk oleh pemandu Toyota Hilux tersebut. Punca pendarahan akibat dari kaca mata yang pecah.

Sumber : Muaz Mensive



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password