“Eh ni siapa yang kahwin ni?” – Netizen persoal pakaian Farah Nabilah

"Eh ni siapa yang kahwin ni?" – Netizen persoal pakaian Farah Nabilah

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Farah Nabilah merupakan kawan baik kepada Izara Aishah sejak dari zaman persekolahan lagi.

Pada malam majlis perkahwinan Izara dan suaminya, Adib Khalid, Farah telah dipertugaskan untuk menjadi pengapit kepada Izara.

Di dalam sebuah foto yang telah dimuatnaik oleh Kilafairy di dalam laman Instagramnya, ramai yang berasa keliru apabila Farah yang memakai pakaian yang berwarna sedondon dengan Adib Khalid kelihatan seperti dia yang berkahwin pada malam itu.

Belajarlah etika

Menurut seorang netizen, ramai lagi sebenarya orang yang tidak tahu tentang etika ketika menghadiri kenduri kahwin yang tidak membenarnya tetamu untuk memakai baju berwarna putih semasa menghadiri ke mana-mana majlis perkahwinan.

Farah itu pengapit Izaralah, dorang member lama

Namun terdapat juga beberapa orang netizen yang tampil mempertahankan warna pakaian yang dipakai oleh Farah pada malam itu. Menurut mereka, takkanlah Farah yang merupakan pengapit kepada Izara mahu memakai baju yang berlainan warna. Logik jugakan?

 



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password