Durian Musang King dijual murah lepas 20 kontena ditolak China

DURIAN Musang King didakwa dijual dengan harga murah selepas hampir 20 kontena raja buah itu yang dihantar ke negara China telah ditolak kerana dikesan mengandungi kandungan tinggi racun perosak.

musang king murah

Dakwaan oleh salah seorang pengguna facebook yang menggunakan nama Michael Chan itu menjadi viral di media sosial.

“Durian-durian Musang King dijual murah. Jangan diperbodohkan, ini adalah durian-durian yang ditolak oleh negara China kerana kandungan racun perosak yang tinggi dikesan,” tulisnya yang meminta orang ramai agar jangan membeli durian Musang King yang dijual murah itu.

musang king murah

Michael turut mengirimkan gambar timbunan besar durian berkenaan melalui akaun Facebook miliknya.

Beberapa sumber di media sosial turut mengesahkan dakwaan berkenaan.

misang king

Beberapa video yang menunjukkan Durian Musang King dijual dengan harga sangat murah turut tersebar di media sosial.

Baru beberapa minggu lalu ia dijual pada harga RM90 sekilo, namun minggu ini tiba-tiba harganya jatuh mendadak kepada hanya RM20 sebiji.

Penurunan mendadak harga durian Musang King itu sekaligus menimbulkan rasa curiga orang ramai.



Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password