DUN Selangor tolak ‘usul Oktoberfest’ BN

ADUN Permatang BN Datuk Sulaiman Abdul Razak kecewa lima usul pembangkang negeri ditolak, termasuklah satu usul membahaskan Oktoberfest ditolak Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Ada beberapa isu yang perlu dibahaskan.

“Sepatutnya Speaker DUN perlu mempertimbangkan usul ini,” kata beliau dipetik Berita Harian.

“Usul yang dikemukakan oleh saya sendiri meminta DUN membahaskan usul memartabatkan Mahkamah Syariah negeri membabitkan aspek infrastruktur dan tenaga manusia,” kata beliau.

Usul berkenaan Oktoberfest dibawa oleh ADUN Dengkil Shahrum Mohd Sharif.

Tiga lagi usul yang ditolak adalah berkenaan Selangor menandatangani ikrar bebas rasuah oleh ADUN Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias, usul mengenai Yayasan Selangor oleh ADUN Kruang Abdul Sukor Idrus dan usul tentang lesen hiburan oleh ADUN Jeram Datuk Amiruddin Setro.

Sulaiman berkata dewan undangan negeri perlu membenarkan usul-usul ini untuk dibahaskan bersesuaian dengan prinsip demokratik sebagaimana yang disebut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password