“Dulu kereta kena pecah, kali ini ‘dia’ terus hilang…”

"Dulu kereta kena pecah, kali ini 'dia' terus hilang…"

Bagi yang pernah mengalami pengalaman kenderaan mereka dicuri, pastinya perasaan trauma dan ngeri akan sentiasa menghantui diri mereka. Lebih-lebih lagi sekiranya kenderaan yang hilang itu merupakan kenderaan pertama mereka.

Begitulah nasib pelawak terkenal Nabil Ahmad apabila kenderaan MPV, Toyota Vellfire kesayangannya itu telah dilaporkan hilang pada petang semalam.

Nabil mula menyedari kehilangan MPV jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu selepas menghadiri konsert di sekolah anaknya pada jam 2.30 petang.

“Sebaik selesai acara dan mahu pulang, saya sedar kereta tiada di tempat parkir di luar sekolah anak.

“Saya fikir mungkin tersalah tempat tetapi rupa-rupanya dicuri orang. Saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

“Anggota polis menghantar saya dan keluarga pulang ke rumah,” beritahu Nabil.

Empat tahun lalu, kereta Mitsubishi Lancer milik bekas juara Raja Lawak, musim pertama ini dipecahkan dalam kejadian di Sungai Buloh.

Insiden itu berlaku ketika Nabil dan keluarga sedang makan malam di kawasan berkenaan.



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password