Dua Pegawai Kanan PPIM Akan Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Yusuf Azmi dan Ali Salimin dilaporkan telah dibawa ke mahkamah dan akan didakwa atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dan ceroboh pada jam 9.35 pagi tadi.

Selepas menyerah diri pada jam 8 pagi tadi, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Ketua Operasi Unit itu telah dibawa menaiki kenderaan polis serta diiringi tiga kenderaan pihak berkuasa.

Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata dua individu berkenaan akan dituduh di Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan.


“Pagi tadi polis mengambil cap jari dan gambar mereka, kemudian meneruskan teruskan proses pendakwaan.

“Mereka akan dituduh melakukan perbuatan khianat dan menceroboh. Kita tunggu perincian pertuduhan dan berharap kedua-dua aktivis ini mendapat jaminan dan dibebaskan hari ini,” katanya.

Sebelum itu, dua pegawai PPIM telah hadir di IPD Kajang hari ini selepas disuruh oleh pihak polis semalam.

Berdasarkan sumber, penahanan itu berkaitan tindakan mereka menceroboh premis sebuah syarikat kenderaan pajak pada 10 Julai lalu bersama pemilik kenderaan berkenaan.

Disamping itu, tindakan itu selepas mereka menerima aduan daripada pemilik kenderaan yang mendakwa ditipu dalam proses pajakan sehingga menerima notis bank berkaitan tunggakan bayaran bulanan kenderaan masing-masing.

Sumber – Berita Harian



Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password