Dua isteri reda bakal ditinggalkan Ashraf Muslim

Dua isteri reda bakal ditinggalkan Ashraf Muslim – MEDIA OHSEM
Ashraf terpaksa tinggalkan keluarga demi misi kemanusiaan.PETALING JAYA: Pelakon Ashraf Muslim memberitahu dia terpaksa meninggalkan keluarga lebih seminggu bagi menyertai misi kemanusiaan ke Bosnia penghujung bulan ini.

Ashraf, 36, berkata, biarpun pada awalnya berasa gementar dan bimbang, namun dia tekad untuk meneruskan hasrat membantu umat Islam yang kini berada dalam kesusahan di negara tersebut.

“Saya terpaksa berkorban masa dan tinggalkan keluarga dalam tempoh lapan hari untuk ke Bosnia. Isteri-isteri terpaksa reda sahajalah.

“Kita tidak tahu bagaimana keselamatan di sana, mereka kata semua baik tapi ada kawasan yang masih lagi berada dalam keadaan yang tidak selamat dan umat Islam ditindas,” ujarnya kepada mStar Online.

Ashraf mempunyai dua isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf.

Ashraf akan bersama Diana Amir dan Farah Lee ke Bosnia.

Ashraf bersama 11 selebriti lain terlibat dalam aktiviti mencari dana kemanusiaan menerusi Projek Squad Celebrity Global Volunteers bermula 19 April ini.

Projek itu direalisasikan dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Pertubuhan Ukhwah 4 Ummah (U4U).

Pelakon drama Geng Tadarus itu akan bersama Diana Amir dan Farah Lee bertanggungjawab untuk merakam video dan mendapatkan kutipan dana untuk rakyat Bosnia.

“Ini merupakan projek pertama saya menggembara sejauh ini untuk membantu umat Islam di luar yang pasti memberi pengalaman dan pencapaian baru buat diri saya untuk mengutip dana sebanyak mungkin.

“Saya diberitahu kesan peperangan di sana membuatkan masyarakat hidup dalam keadaan serba kekurangan dan gagal untuk membangun.

“Mereka perlu mengusahakan tanah itu kerana jika tidak tanah tersebut akan diambil oleh kerajaan mereka sendiri,” ujarnya.

Selain Bosnia, IRM dan U4U turut menjayakan tiga lagi misi di Malawi (Afrika Timur), India dan Filipina membabitkan Irma Hasmie, Lufya Omar, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Zoey Rahman dan Lah Ahmad.

Orang ramai yang berminat menyertai kempen ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang: www.ukhwahforummah.org atau www. islamic-relief.org.my

Nak Adil Bawa Dua-Dua – Ashraf Muslim

Nak Adil Bawa Dua-Dua – Ashraf Muslim

Gelagat pelakon Ashraf Muslim yang membawa kedua-dua isterinya, Sakinah dan Dayana menghadiri malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian hujung minggu lalu antara yang mencuri perhatian peminat dan penonton.

Mengakui risau akan timbul perkara luar jangka ekoran tindakan terbabit, Ashraf bagaimanapun sudah bersedia.

“Pada mulanya kalau boleh saya tidak mahu membawa sesiapa, tetapi memandangkan mereka pun menyokong saya dari awal dan tersenarai menjadi finalis saya rasa tiada masalah untuk membawa kedua-duanya sekali. Mungkin akan ada kelainan nanti.

“Cuma dari awal lagi saya pesan supaya pandai-pandai bawa diri,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media program Ramadan TV3 & TV9 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Susulan tindakan kali pertama Ashraf membawa kedua-dua isterinya, pelakon filem Aku Masih Dara itu mengakui muncul juga komen-komen negatif netizen.

“Biasalah, orang masih skeptikal dengan perkara poligami dan ramai yang tidak suka. Malah, sebelum bawa mereka keluar bersama pun sudah ada ayat-ayat negatif,” ujarnya.

Ashraf tidak serik untuk membawa kedua-dua isterinya selepas ini menghadiri acara hiburan.

“Sebenarnya seminggu sekali saya akan membawa mereka keluar bersama-sama. Bagi saya komunikasi itu penting dalam berkeluarga, tidak kisah kahwin satu atau dua.

“Jika tiada komunikasi, hubungan akan renggang. Sekiranya selalu berjumpa akan kurang rasa marah, merapatkan silaturrahim dan memudahkan saya untuk membuat keputusan,” tambah Ashraf.

.

“Jangan Jadikan Saya Ikon Poligami” – Ashraf Muslim

Ashraf Muslim memberitahu dia tidak layak digelar sebagai ikon poligami.

HIDUP berpoligami bukan suatu perkara mudah kerana seseorang suami itu bukan sekadar perlu berlaku adil terhadap pasangan namun harus bijaksana dan disiplin dalam mengemudi rumah tangga.

Bagi pelakon Ashraf Muslim, jauh sekali bermegah atau mahu diangkat sebagai ikon poligami apabila dia dilihat berjaya melayari perkahwinan berpoligami dengan baik, sebaliknya kata Ashraf masih banyak perlu dipelajarinya.

Tegas pemilik nama sebenar Muhad Ashraf Muslim, 35, ini, Nabi Muhammad sentiasa dijadikan rujukan dalam kehidupan seharian agar rumah tangganya kekal bahagia.

“Kalau ada yang hendak beri gelaran itu saya memang langsung tidak layak kerana saya sendiri masih lagi banyak belajar namun Alhamdulillah rumah tangga saya bersama dua isteri bahagia.

“Contoh ikutan saya hanya seorang iaitu Nabi Muhammad dan sunahnya dalam mengemudi dua bahtera ini kerana Baginda ikon paling baik,” katanya kepada mStar Online.

Ashraf bersama dua isterinya, Sakinah (kiri) dan Dayana (kanan).

Ashraf berkahwin dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 di Makkah dan kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Selatan Thailand.

Pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, 3 tahun, Anas Ashraf (setahun lapan bulan) dan Adam Ashraf (setahun enam bulan).

Sementara itu, Ashraf berkata, sebagai suami dia perlu mendisiplinkan diri dan bijaksana terutamanya dalam membahagikan masa dalam semua aspek agar kehidupannya seimbang dan dapat berlaku adil.

“Apabila saya kata suami perlu bijaksana bukannya bererti perlu pandai menipu tetapi bijak membahagikan masa antara kerja, keluarga dan rakan-rakan.

“Sabar itu juga penting kerana kalau tiada kualiti itu mungkin akan timbul masalah dan ini saya terapkan dalam rumah tangga saya.

“Bukan saya tidak pernah mengalami masalah tetapi sebagai manusia kita belajar dan perbaiki kesilapan selain berbalik kepada agama, Insya-Allah semuanya akan menjadi baik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ashraf muncul sebagai lima peserta akhir menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH3.0) yang bakal berlangsung pada 14 Mei ini.

Ashraf bersaing dengan empat lagi calon iaitu Aiman Ridza Hakim, Shukri Yahya, Fattah Amin dan Syafiq Kyle.

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password