Drama isteri curang, suami mabuk ketum hanya gimik strategi pemasaran untuk melariskan produk

Drama isteri curang, suami mabuk ketum hanya gimik strategi pemasaran untuk melariskan produk

 

Pelbagai cara telah dilakukan untuk melariskan sesuatu produk dengan memuat naik video-video melampau, pakaian yang menjolok mata dan terbaru mengenai kisah rumah tangga.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Wan Atirah Wan Malek, pengasas produk kosmetik telah memuat naik statusnya dalam keadaan marah dan bengang terhadap suaminya kerana telah berlaku curang dan mengambil dadah.

.

Menerusi kapsyennya itu, beliau telah tawar hati dengan suaminya yang telah mengambil dadah jenis ketum (campuran bahan yang melalaikan) dengan perkahwinan yang dibina  selama 10 tahun itu. Dengan nada yang bengang dan marah, wanita itu sudah menerima kenyataan bahawa dia tidak akan berpaling dengan suaminya itu yang merupakan ‘kaki perempuan’ dan telah membuka aibnya.

Walau bagiamanapun, netizen telah menunding jari ke arah wanita tersebut kerana dianggap membuka aib suami sendiri dan cerita ‘dalam kelambu’ mengenai kisah rumah tangga mereka.

.

.

.

Zahary Zack yang merupakan suami wanita berkenaan tidak hanya berdiam diri setelah isterinya itu memuat naik status berkenaan. Beliau tampil membuat kenyataan yang sebenar mengenai kisah rumah tangganya itu.

Beliau mengakui bahawa pernah mengambil dadah suatu ketika dahulu sebelum mendirikan rumah tangga. Perbuatan jijiknya itu adalah perkara lama dan kini beliau berubah kearah kebaikan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Satu Malaysia sudah tertipu dengan pasangan ini untuk melariskan produk mereka.

Harap anda semua bersabar selepas membaca kisah rumahangga mereka sebelum ini yang hanya gimik semata-mata.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password