“Doktor tolong baca Yassin and ayat-ayat untuk kurangkan sakit.” – Wanita ini kongsi pengalaman indah bersalin di hospital yang patuh syariah di KL

"Doktor tolong baca Yassin and ayat-ayat untuk kurangkan sakit." – Wanita ini kongsi pengalaman indah bersalin di hospital yang patuh syariah di KL

 

Setiap ibu mempunyai prosedur dan pengalaman yang berbeza ketika melahirkan anak masing-masing. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan bayi dalam kandungan, jenis hospital dan tindakan oleh doktor yang menguruskan proses bersalin tersebut

Seorang wanita telah memuat naik satu status dalam Facebook miliknya dan berkongsi pengalaman terindah beliau ketika bersalin anak ketiga di sebuah hospital di Selangor.

Syukur alhamdulillah Ya Allah. 
Akhirnya impian mommy nak bawak awak melihat dunia kat sini akhirnya menjadi kenyataan and the best part is awak dah jadi first Mutiara Andorra sayang.

Thank you very much to @DrKhamsiahMuda and to all @Andorra’ family untuk kenangan terindah ini. All of you did a very good job and we really appreciate and never forget this moment. The best place and professional team that we had in our life.

Welcome to the world baby. 
Laila luthfia binti Azrul Anuar
22.12.2017 @ 08:47am
3.33kg

SEDIKIT REVIEW

Cerita dari mommy nak beranak la eh.
Untuk bersalin kat Andorra, at least 2x check up kat situ. Kau boleh pilih sama ada nak doc Kam or doc Lili.

Aku memang check up dengan dr. Kam. 
Ikutkan Andorra boleh beroperasi penuh on 22hb @ 7.00am tp masa 21hb malam tu Andorra telefon aku cakap kalau ade contraction tengah malam tu just datang je. Guard and nurse dah standby untuk sambut kedatangan aku. Terima kasih abang guard.

Lepas celebrate birhday anak aku yang first malam tu, aku start leaking pukul 3 pagi tapi air ketuban takde la keluar habis. Husband aku terus bawak aku pergi Andorra sbb sebenarnya dah 2 hari keluar darah tapi takde contraction. 

Sampai kat Andorra around 3.45am and guard dah ready standby bawak aku masuk. Dia telefon midwife and dekat pukul 4 aku la orang first yang merasmikan Labor room kat tingkat 4 tu. Bila check jalan, baru bukak 3.5cm.

– Dalam Labour Room
Midwife tu sangat bagus sebab dia tolong bacakan surah yasin nda ayat-ayat kat kita untuk kurangkan sakit contraction. Pastu, kat luar pun ada ayat-ayat quran terpasang. Walaupun sakit, tenang rasa hati. Tetiba aku feeling macam nak bersalin anak 1st pulak masa tu.

– 6.00 am
Bukaan baru 5-6 cm n doc Kam masuk tanya aku “mama boleh solat lagi ni.. apa kata solat subuh dulu” (sangat syariah compliance). Dia orang providekan telekung n tanya nak solat atas katil or duduk, aku prefer duduk la sebab masih boleh tahan lagi.

– Ayat-ayat quran sentiasa berkumandang untuk bagi kita selesa.

– 8.40 am
Aku dah start rasa kuat gila contraction and dah tak tahan. Dalam 8.45 kot dah bukak 10cm. Doc Kam masuk and kepala baby dah nampak. 

Walaupun dah anak ke-3 sebenarnya aku dah lupa macam mana nak teran. Hahahaha.

Dengan bantuan kepakaran doc n midwife /nurse kat situ, dia orang guide aku and tiga kali teran baby pun keluar. Alhamdulillah. Cara doktor sambut baby pun bagus, dia jaga aurat kita. Part paling best is tak payah kena jahit. MasyaAllah sampai dua kali aku tanya doc betul ke tak payah jahit? Berbunga-bunga hati masa tu. Hilang jap rasa sakit. Doc sporting siap tanya husband tak nak ambil gambar ke? Ape lagi, aku suruh husband aku record la frutiful moment tu.

Alhamdulillah, doc bagi peluang kat suami untuk potong sendiri tali pusat baby. Macam blur je husband masa tu. Pastu doc terus ucap tahniah, peluk and kiss kita macam mak-mak kita. Touching and terharu sangat masa tu. Nurse-nurse and midwife pun banyak sangat membantu dan bagi semangat.

DALAM WARD
10.30 am kot 
– Dia orang bawak aku turun ward and surprise. Andorra bagi PRIVILEGE SINGLE ROOM sebab first baby lahir kat situ. (Actually aku ambil pakej yang 4 bedded – refer pakej dia orang kat FB Andorra eh)
– Sepanjang dalam ward aku dilayan macam permaisuri beb! Dari A sampai Z semua dia orang buatkan termasuklah nak tolong mandikan aku sekali. Tapi aku mandi sendiri je sebab malam tu and esoknya aku dah kuat sikit.
– as usual doc akan melawat and tanya perkembangan kita and mintak review pasal bilik ok ke tak, makan ok ke tak.

MAKANAN
– Yang ni aku rasa paling best la sebab Chef Zubir kan yang masakkan. 
– Ikan pun both favourite aku, salmon and kod. 
– Cuma tiga kali makan jela kat sini.
– Breakfast, lunch and dinner sume superb. Tapi suami aku la yang makan. Aku makan ikan je (masih mengamalkan pantang cara lama hokey)

.

.

– Kalau single room, macam hospital
Lain jugak boleh la nak bawak the whole family kau tidur kat sana tp bawa la toto sendiri ye. Kerusi boleh laras ada la untuk seorang tidur.
– Toilettries also provided except towel la.

LAIN-LAIN
– The whole Andorra’s family sangt membantu
– persekitaran sangt selesa
– Nurse-nurse sangat prihatin 
– Promo price sangat WORTH IT
– Terima kasih kat suami dr. Kham sebab sudi tahnikkan baby.

Sumber : Nur Hawaniece Mohd Husin

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password