“Doktor Sahkan Bayi Dalam Kandungan Saya Meninggal Dunia Akibat Dari Kehamilan Ektopik (Mengandung Luar Rahim).” Naluri Ibu Yang Merasakan Anak Masih Hidup Tetap Bertahan Dan Akhirnya Keajaiban Berlaku..

“Doktor Sahkan Bayi Dalam Kandungan Saya Meninggal Dunia Akibat Dari Kehamilan Ektopik (Mengandung Luar Rahim).” Naluri Ibu Yang Merasakan Anak Masih Hidup Tetap Bertahan Dan Akhirnya Keajaiban Berlaku..

 

 

Seorang ibu dari Birmingham diberitahu oleh doktor bahawa dia telah kehilangan bayinya untuk kali kedua ketika dia baru hamil enam minggu. Walaupun dia sudah maklum mengenai diagnosis itu, namun dia masih berharap kandungannya hidup. Pada bulan berikutnya perkara ajaib berlaku.

Holly Lewis, 21 tahun sedang hamil anak yang kedua pada tahun 2012. Semasa peringkat awal kehamilan, ibu dari Quinton, Birmingham ini mengalami sakit perut dan sakit belakang. Menurut doktor yang merawatnya, dia hanya mengalami masalah gastrik ringan.

Tetapi apabila rasa sakitnya bertambah buruk, dia pergi ke Hospital Wanita Birmingham untuk mendapatkan rawatan perubatan. Setelah menjalani imbasan, doktor memberi khabar tidak baik tentang kandungannya. Lewis dimaklumkan bahawa dia mengalami keguguran. Dia terkejut!


“Saya terkejut apabila mereka memberitahu saya bahawa saya telah kehilangannya,” kata Lewis, menurut Metro.

Tetapi, sebagai ibu untuk kali keduanya, naluri Lewis memberitahunya bahawa bayi yang dikandungnya itu masih hidup. Disebabkan naluri keibuannya begitu kuat, dia kembali ke Hospital Wanita Birmingham seminggu kemudian namun dia tetap dimaklumkan oleh para doktor bahawa dia telah kehilangan bayinya akibat dari kehamilan ektopik (mengandung luar rahim).

Lewis masih tidak yakin dengan penerangan doktor dan dia kembali semula ke hospital untuk kali ketiga. Kali ini doktor memaklumkan perkara lain kepadanya. Berita gembira yang ditunggu-tunggu selama ini!


“Saya tidak tahu apa yang perlu dirasai-kegembiraan atau kemarahan,” kata Lewis kepada The Telegraph selepas doktor mengesahkan bayi yang dikandungnya masih hidup selepas menjalani imbasan.
Lewis tidak pernah menerima permohonan maaf dari hospital akibat kecuaian mereka memberikan diagnosis sebelum ini. Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif hospital Prof. Ros Keeton berkata, mereka sentiasa jujur ​​dengan wanita tentang pelbagai kemungkinan masalah yang akan berlaku kerana imbasan pada peringkat awal kehamilan tidak seratus peratus tepat.

Image may contain: 1 person, sleeping

Prof. Ros Keeton malah menegaskan bahawa mereka telah memberi layanan yang baik sepanjang merawat Lewis dan apa yang mereka lakukan semuanya berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan.

Perasaan gembira dan kecewa silih berganti, lalu Lewis memutuskan untuk bergerak ke hadapan dan meninggalkan episod hitam itu di belakangnya.


Akhirnya, pada 29 September 2012, Lewis selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat seberat 6 pound 3 auns (kira-kira 3 kilogram), bernama Lacey dan menariknya dia bersalin di hospital yang sama.

“Dia adalah keajaiban saya,” kata Lewis kepada Birmingham Mail. “Saya gembira dia ada di sini.” Syukurlah Lewis dan anaknya selamat.

Adakah anda pernah mengalami peristiwa yang sama? Diberitahu mengenai kandungan sudah gugur tetapi apabila melakukan imbasan sekali lagi di klinik atau hospital yang lain, anda mendapat keputusan yang lebih baik?

Adakah anda percaya bahawa naluri ibu juga memainkan peranan penting dalam menentukan tindakan terbaik yang akan diambil dan bukannya bergantung kepada diagnosis doktor semata-mata?

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password