‘Doktor Gigi Palsu’: Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan Nafi Sokong

Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan menafikan dakwaan sokongan terhadap individu yang baru-baru ini dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas kesalahan menjalankan perkhidmatan pergigian tanpa tauliah.

“Pentadbiran ini ingin merujuk kepada mesej yang ditularkan di media sosial kononnya YB Timbalan Menteri Kesihatan dan anggota pentadbiran ini menyokong individu yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah atas kesalahan menjalankan perkhidmatan pergigian tanpa tauliah.

“Sehubungan itu, ingin ditegaskan bahawa YB Timbalan Menteri Kesihatan atau mana-mana anggota Pentadbiran ini tidak pernah menyokong dan tidak akansama sekali berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang melanggar peraturan dan undang-undang Negara.” tulis kenyataan itu.

Kenyataan itu turutu dikongsi oleh laman Facebook Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Hilmi hari ini.

Dalam masa yang sama, hasil tinjauan pihak Siakap Keli mendapati dakwaan sokongan itu telah pun dipadam dari laman media sosial individu berkenaan namun screenshot kenyataan itu masih bersebaran di media sosial.



Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password