Dituduh melampau, Hoffman dakwa hormati wanita

Gangguan seksual didakwa berlaku di lokasi penggambaran lebih 30 tahun lalu tidak menggambarkan diri sebenar Dustin Hoffman, kata pelakon yang pernah memenangi anugerah Oscar itu.

“Saya amat menghormati wanita dan sangat kesal jika ada apa-apa yang saya pernah lakukan membuat mereka tidak selesa. Saya benar-benar minta maaf,” katanya kepada media seperti dilapor agensi berita AP semalam.

Hoffman, 80, ialah pelakon kategori A Hollywood yang dikenali dengan pelbaga filem mendapat pujian pengkritik. Antara filem lakonan Hoffman ialah Midnight Cowboy, Wag The Dog, Outbreak, Finding Neverland dan Meet The Fockers.

Rain Man dan Kramer vs Kramer membawa tuah kepada Hoffman kerana juri menganugerahkannya sebagai pelakon lelaki terbaik, masing-masing pada 1989 dan 1980.

Baru-baru ini seorang wanita, Anna Graham Hunter, menuduh Hoffman melakukan gangguan seksual ketika mereka berada di set penggambaran telemovie Death Of A Salesman pada 1985.

Anna bertugas sebagai pelatih pembantu penerbitan untuk produksi berkenaan dan Hoffman dituduh membuat kenyataan lucah serta mentertawakannya.

Bagaimanapun kesahihan dakwaan Anna – berusia 17 tahun ketika kejadian – tidak dapat dipastikan.

Pendedahan itu menarik perhatian kerana dibuat ketika isu serangan seksual dan tuduhan rogol diarahkan terhadap penerbit filem Harvey Weinstein.

Ketika ia masih diperkatakan, seorang lagi pelakon dihormati, Kevin Spacey, juga dikaitkan dengan salah laku seks.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password