Ditangkap Rogol Anak Perempuan 623 Kali, Bapa Minta Kes Dikaji Semula Dan Tak Setuju Dengan Hukuman

Ditangkap Rogol Anak Perempuan 623 Kali, Bapa Minta Kes Dikaji Semula Dan Tak Setuju Dengan Hukuman
Ditangkap Rogol Anak Perempuan 623 Kali, Bapa Minta Kes Dikaji Semula Dan Tak Setuju Dengan Hukuman

‘Tembelangnya pecah apabila anak perempuannya memaklumkan kepada ibunya. Dia meminta hukuman dikaji semula dakwa ada ‘kecacatan’.’

Gempar seluruh negara apabila seorang bapa ditangkap gara-gara merogol dan meliwat anak perempuannya sebanyak 623 kali tahun lepas. Lelaki itu mula merogol anak perempuannya sejak bercerai pada tahun 2015.

Tembelangnya pecah apabila remaja perempuan malang tersebut memaklumkan kepada ibunya ketika si bapa mahu mendapatkan hak penjagaan untuk dua orang lagi adik perempuannya.

Dihukum penjara 48 tahun dan sebatan sebanyak 24 kali

Ditangkap Rogol Anak Perempuan 623 Kali, Bapa Minta Kes Dikaji Semula Dan Tak Setuju Dengan Hukuman

Lelaki berusia 37 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara selama 48 tahun dan sebatan sebanyak 24 kali oleh Mahkamah Khas untuk Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya tahun lepas.

Hukuman dibuat di bawah Kanun Keseksaan, Kesalahan Seksual Terhadap Akta Kanak-kanak 2017 (SOACA) dan Akta Kanak-kanak 2016. Namun kes tersebut tidak berhenti di situ kerana lelaki itu nampaknya tidak berpuas hati dengan hukuman yang diterima.

Dakwa ada ‘kecacatan’, minta hukuman dikaji semula

Ditangkap Rogol Anak Perempuan 623 Kali, Bapa Minta Kes Dikaji Semula Dan Tak Setuju Dengan Hukuman

Akan dikenakan hukuman penjara hampir 50 tahun, lelaki bertopengkan manusia itu meminta hukumannya dikaji semula kerana mendakwa ia mempunyai ‘kecacatan’.

“Kami dimaklumkan yang semua pertuduhan tidak dibaca ke atas lelaki tersebut ketika dia mengaku bersalah sewaktu kes kedua disebut.” kata Rajesh Nagarajan, peguam kepada lelaki tersebut.

“Dia (pesalah) tak jumpa sesiapa sewaktu dalam tahanan dan mahkamah tidak bertanya jika dia mahukan peguam untuk membela diri.”

Hukuman tak patuh Kanun Prosedur Jenayah (CPC)

Ditangkap Rogol Anak Perempuan 623 Kali, Bapa Minta Kes Dikaji Semula Dan Tak Setuju Dengan Hukuman

Peguam juga memberitahu hakim bahawa hukuman penjara yang dikenakan untuk 623 pertuduhan adalah tidak mematuhi Kanun Prosedur Jenayah. Hakim kemudiannya meminta Rajesh mendapatkan rakaman mahkamah ketika lelaki tersebut mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan.

Pendengaran semula kes akan diteruskan pada 16 Mei nanti.

Tempoh hari dah mengaku bersalah. Mungkin kerana kecut perut dengan hukuman, bapa durjana ini mintak kes untuk dikaji semula. Seluruh rakyat Malaysia geram dengan lelaki ni.

Sumber :BlogMazeer

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password