Diramal paling awal tersingkir, Raja Azura tak kisah

Ramai yang ragu-ragu sebaik nama pelakon, pengacara dan bekas penyampai radio Sinar FM Raja Azura diumumkan antara peserta Gegar Vaganza musim keempat (GV4) baru-baru ini.

Kebanyakan orang berpendapat demikian memandangkan kerjaya Raja Azura sebagai penyanyi dilihat tidak begitu menyerlah.

Namun, Raja Azura tidak mahu mengambil kisah segala anggapan umum mengenai penyertaannya dalam program yang dijadual bermula pada 29 Oktober ini.

“Ada yang kata saya peserta pertama akan tersingkir. Tak kisahlah, saya tak mahu ambil tahu,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Selain Raja Azura, GV4 turut menampilkan Elyana, Syura, Aishah, Liza Hanim, Haida, Hazami Lan Kristal, Tia Jinbara, Ferhad, Firman Siagian dan Aqasha.

Antara lagu yang pernah dipopularkan Raja Azura adalah Hati Terkunci dan Dan Bunga Berguguran.

Pemilik nama penuh Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 45, itu berkata dia berkecimpung sebagai anak seni sejak sekian lama dan berharap diberi peluang untuk mencuba nasib dalam pertandingan menyanyi.

Raja Azura yang lebih mesra disapa Kak Engku berkata, penyertaannya dalam GV4 diharap dapat menambah peluang rezeki yang baru.

“Saya sudah merasa jadi pengacara, pelakon, penyampai radio bahkan pernah menyanyi. Biarlah kali ini saya timba ilmu jadi peserta GV4 pula.

“Apa pun yang mereka akan katakan mengenai pembabitan mahupun persembahan saya nanti, saya tetap positif. Saya sudah biasa dengan situasi itu,” katanya lagi.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password