‘Dipaksa Kahwin Dan Dirogol Suami.’ Remaja Bunuh Suami Akhirnya Terlepas Dari Hukuman Mati..

‘Dipaksa Kahwin Dan Dirogol Suami.’ Remaja Bunuh Suami Akhirnya Terlepas Dari Hukuman Mati..

Khartoum: Hukuman mati terhadap remaja Sudan yang membunuh suaminya yang merogolnya selepas dipaksa kahwin, ditukar kepada penjara lima tahun dalam kes yang menarik perhatian dunia.

Image result for Noura Hussein

.

Image result for Noura Hussein

Noura Hussein yang kini berusia 19 tahun, mendakwa selepas dia enggan melakukan hubungan seks, suaminya yang berusia 35 tahun, merogolnya dengan bantuan saudara lelaki terbabit yang memegangnya.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan Sudan membatalkan hukuman mati terhadapnya yang dijatuhkan bulan lalu, oleh Mahkamah Syariah negara itu.

Related image

Menurut AFP, peguam yang mewakili remaja itu, Al-Fateh Hussein, berkata, mahkamah membatalkan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara lima tahun berserta denda 337,500 pound Sudan (RM48,300) kepada keluarga suaminya.

“Hukuman penjara itu bermula sejak remaja berkenaan ditahan,” katanya.

Noura ditahan dipenjara wanita sejak Mei 2017.

Remaja itu ditunangkan pada usia 16 tahun tetapi menolak untuk dikahwinkan dan melarikan diri ke rumah saudaranya.

Pada April 2017, dia dipaksa berpindah ke rumah suaminya, Abdulrahman Hammad, selepas tamat sekolah menengah.

Apabila dia enggan menerima perkahwinan itu, pada 2 Mei 2017, suaminya memanggil dua abang dan seorang sepupu lelaki membantunya merogol Noura.

Pagi esoknya, lelaki itu sekali lagi cuba merogolnya, namun Noura yang berusaha mempertahankan diri, bergelut lalu menikam suaminya.

 

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password