DIMINTA FOTO BOGEL & DIUGUT: “ADA JUGA MANUSIA MACAM NI”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: DIMINTA FOTO BOGEL & DIUGUT: "ADA JUGA MANUSIA MACAM NI"

Bukan hanya dihimpit dengan kontroversi ataupun gosip sahaja, tetapi harus berdepan dengan peminat yang bertindak liar dengan menghantar mesej berbaur lucah.

Itulah yang terjadi kepada pelakon Uqasha Senrose yang merasa sangat berang apabila ada seorang peminat meminta gambar bogelnya dengan alasan akan berhenti komen negatif tentangnya di media sosial.

Individu terbabit turut mengugut akan mengodam akaun Instagram Uqasha sekiranya beliau tidak memenuhi permintaan tersebut.

Tidak dinafikan menjadi selebriti, pengalaman ngeri ini antara harga yang perlu dibayar kerana menjadi tatapan umum.

Klik untuk gambar besar

Iyelah, siapa yang tidak terkejut dan takut andai menerima mesej seumpama ini dari peminat seperti itu.

Uqasha sebenarnya bukanlah mangsa yang pertama kerana sebelum ini ada beberapa artis lain pernah mengalami nasib yang sama antaranya Rozita Che Wan, Nora Danish, Ajak Shiro juga pernah menjadi mangsa buli siber.

Harapnya, Uqasha bertindak melaporkan ugutan ini kepada pihak berkuasa, bimbang jika dibiarkan nanti melarat pula manusia seperti ini bermaharajalela.

www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password