DIKECAM SURUH CHECK RUMAH TUN M

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: DIKECAM SURUH CHECK RUMAH TUN M
Tindakan Pelakon Johan As’ari memuatnaik kata-kata agak ‘pedas’ serta berbaur sindiran terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di laman Twitter itu telah mengundang kemarahan netizen.

Tulisnya: “Cuba check rumah Tun, mesti banyak jugak duit” – Diikuti dengan emoji duit.

Ekoran itu, ada kalangan pengikut-pengikutnya yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pelakon tersebut.

Ramai yang menganggap Johan sengaja ingin mencari publisiti murahan kerana sudah tidak laku ataupun sendu.

Ada juga yang sudah hilang rasa hormat terhadap aktor tersebut yang sebelum ini dijadikan sebagai contoh kerana imej alimnya dan rajin membaca Al –Quran.

Bagaimanapun, Johan menafikan dakwaan beliau tidak menghormati Tun M sebaliknya berkata hanya merasa kasihan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Johan telah memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati dengan status Twitternya itu.

“Johan kasihan dengan DSN dan sekeluarganya. Maaflah andai Johan mengguris hati ramai pihak,” katanya ringkas.

“Ya, Johan amat mengagumi Tun M, beliau seorang yang begitu pintar. Semua PM ada kelebihan yang tersendiri.

Pasti ada hikmah di dalam apa jua situasi. Johan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Malaysia tercinta,” tuturnya.

.

.

.

 

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password