DIKECAM SPOILER ‘AVENGERS’: “ANJING, BODOH ITU KETERLALUAN”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: DIKECAM SPOILER 'AVENGERS': "ANJING, BODOH ITU KETERLALUAN"
Mengakui tindakannya memuatnaik sedutan filem Avengers: Infinity War di InstaStory di Instagram miliknya adalah perbuatan salah, penyanyi Ara Johari memberitahu dirinya berasa tertekan apabila menerima kecaman netizen gara-gara kesilapannya itu.

Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 21, berkata, sukar baginya menerima teguran segelintir netizen yang menggunakan perkataan kesat terhadapnya hanya kerana kesilapan dilakukan.

“Memang tertekan juga sebab pertama kali kena kecam teruk macam ni. Saya tak dapat nak terima apabila ada menggunakan kata-kata kesat.

“Saya tak kisah kalau hendak tegur atau nasihat tetapi panggil saya anjing dan bodoh sehingga melibatkan karier seni saya itu keterlaluan.

“Tegurlah cara baik dan guna perkataan yang lebih sesuai,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakannya memuatnaik rakaman beberapa saat babak dalam filem tersebut di laman sosialnya pada Jumaat lalu.

Akibat rakaman tersebut, Ara menerima kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang seolah-olah membocorkan jalan cerita filem itu.

Dalam pada itu, Ara bekata, dia akan lebih berhati-hati dalam memuatnaik sesuatu perkara di laman sosial agar kejadian sama tidak berulang lagi.

“Saya akui tindakan itu salah dan saya minta maaf kepada semua pihak terlibat. Saya tak sangka perkara ini boleh jadi isu besar.

“Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati nak muat naik sesuatu di media sosial,” ujar penyanyi lagu ‘Bunga’ itu yang mengakui kesilapannya dan memohon maaf..

Sebelum ini, pihak Golden Screen Cinemas (GSC) pernah meluahkan kekecewaan terhadap golongan yang suka merakam dalam panggung wayang dan memuat naik di laman sosial.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Ara berkata, dia masih dalam rangka promosi lagu Bunga selain sedang dalam proses rakaman single ketiganya yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

“Sekarang masih dalam rangka promosi Bunga tetapi dalam pada masa sama saya juga sedang dalam proses siapkan lirik single ketiga yang dijangka dilancarkan sekitar Oktober depan,” tuturnya.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password