DIKECAM: “BERTUDUNG SAJA LAYAK DEKAT PADA ALLAH”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: DIKECAM: "BERTUDUNG SAJA LAYAK DEKAT PADA ALLAH"

Pelakon Jasmin Hamid menerusi laman Instagramnya telah berkongsi paparan skrin mesej netizen yang mempersoalkan dia masih tidak memakai tudung biarpun umur semakin meningkat.

Mesej tersebut diterimanya selepas dirinya memuatnaik perkongsian mengenai malam Lailatul Qadar di IGnya baru-baru ini.

Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 46, dikatakan tidak sesuai berkongsi mengenai Islam melihat kepada penampilan dirinya yang tidak menutup aurat.

“Saya berbogel di media sosial ke? Saya murtad ke? Saya ganggu keluarga kamu ke? Saya makan duit rakyat ke?

“Hanya kerana saya muat naik dan kongsi tentang malam Lailatul Qadar, saya dikecam. Umpama orang yang tak bertudung macam saya tak layak kongsi tentang Islam.

“Adakah orang yang bertudung saja layak dekat pada Allah? Orang yang tak bertudung dan dianggap jahil macam saya tak layak belajar mendekatkan diri pada Allah sampai bila-bila?” katanya.

Menurut Jasmin, dia tidak ada niat untuk mengaibkan mana-mana individu namun hatinya terguris disebabkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

“Selama ni saya hanya diam dan sekat netizen yang negatif tapi makin menjadi-jadi pula netizen sekarang. Sampai sanggup mengguris perasaan saya!

“Hanya sebab tak habis-habis isu tudung, apa yang kamu sakit hati sangat ya? Saya tetap padam nama pengirim mesej negatif ni sebelum kongsi sebab tak nak aibkan sesiapa.

“Tujuan utama saya untuk beritahu pada orang yang buat macam tu. Pada yang nak baca, silakan, pada yang tak suka, abaikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama ‘Halalkan Hati Yang Ku Curi’ ini meminta netizen mendoakan orang yang mereka sayang ketika solat bukan di media sosial.

“Doakan orang yang kamu sayang di dalam sujudmu, bukan di media sosial. Allah maha mengetahui,” tuturnya.

.

 

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password