Dikatakan sudah tidak laku, Altimet ‘minta maaf’ daripada peminat kerana tak pakai barang mewah dan hidup bersederhana

Dikatakan sudah tidak laku, Altimet 'minta maaf' daripada peminat kerana tak pakai barang mewah dan hidup bersederhana

 

Selalunya, kita sering melihat ramai selebriti tempat yang sering berkongsi gambar-gambar percutian mereka dan aktiviti harian mereka berserta dengan barangan berjenama mewah di laman-laman Instagram mereka.

Akan tetapi, bagi mereka yang mengikuti perkembangan Altimet di Instagramnya, pasti sedar yang penyanyi itu jarang sekali memuatnaik gambar-gambar beliau memakai barangan berjenama mewah, apatah lagi gambar-gambar percutian ke luar negara.

Penyanyi yang pernah membuat ramai orang sentap, terutamanya golongan muda dengan lagunya yang berjudul Amboi ini semalam telah memuatnaik sebuah status ‘meminta maaf’ daripada seorang peminatnya kerana menjadi seorang artis yang bosan dan tidak se-happening rakan-rakan selebriti yang lain.

Pemohonan maaf itu telah dibuat oleh Altimet setelah peminatnya itu meninggalkan komen mengatakan Altimet sudah tidak laku lagi di dalam industri hiburan.

Aku ni bukan la kaya, tapi kalau aku cakap aku tak cukup makan, aku penipu la.

Tiap tiap hari aku keluar rumah aku doa dapat rezeki cara halal, utk aku & masa depan famili aku.

Kerja aku ni takde gaji tetap, takde kwsp, tak boleh claim kat majikan kalau pergi klinik ke apa ke.

Jadi aku kena la pandai2 uruskan duit aku.

Takde orang nak jaga aku selain aku, kan? Jadi kat sini aku nak mintak maaf lah, lagu aku tak laku macam artis lain, takde la sampi 2 juta jualan dia. 1 juta ada, 2 juta blom cecah lagi. ✌🏽

Maafkan aku kalau aku tak beli benda2 mewah pastu tayang kat media sosial. Kalau aku buat macam tu mungkin orang kata aku dah masyuk..

Maafkan aku sebab aku guna duit lebih aku utk simpanan hari tua melalui amanah saham.

Maafkan aku sebab aku guna duit pendapatan aku utk bayar hutang aku dgn lebih cepat.

Aku tau ramai orang kita tak nak lihat artis2 kita berperangai macam aku, sebab perangai aku ni membosankan. Diorang nak tengok artis gi melancong, beli kereta lawa2, beg2 mewah. Baru best. Betul kan?

Aku Luncai dlm industri ni, biarkan aku terjum dgn labu labu aku.

Selamat menyambut Hari Isnin semua. 💋

Aku Lelaki Lemah, Aku Hamba.

Sumber : Altimet

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password