“Dik, kitorang pun gagap lagi baca Al-Quran, korang pula boleh hafal semua…”- Host Motif Viral ‘terpaku’ tengok kehebatan dua pelajar ini

"Dik, kitorang pun gagap lagi baca Al-Quran, korang pula boleh hafal semua…"- Host Motif Viral 'terpaku' tengok kehebatan dua pelajar ini

 

Sebuah video telah menjadi tular apabila seorang ustaz sedang mengadakan kuiz antara pelajar tahfiz berumur 8 hingga 15 tahun untuk melihat keupayaan mereka dalam menghafal beberapa baris ayat Al-Quran.

Ternyata, kepintaran dan kehebatan dua orang pelajar iaitu Dekna, 8 tahun dan Zara,9 tahun membuatkan masyarakat kagum melihat kecekapan mereka ketika soalan yang diajukan Ustaz Kamilin dijawab dengan pantas dan tepat.

Baru-baru ini, Dekna, Zara dan Ustaz Kamilin telah tampil dalam sebuah rancangan Motif Viral untuk bersama-sama melihat keupayaan pelajar itu dalam menghafal Al-Quran.

Hanya beberpa potongan ayat yang diberikan Ustaz, Dekna dan Zara menjawab dengan pantas dan tepat yang membuatkan host Motif Viral iaitu Haze, Pink, Syafa terdiam seketika.

Video yang telah mendapat 76,000 tontonan di Youtube telah menarik perhatian netizen untuk melihat bakat dan kebolehan dua pelajar yang comel itu.

Video yang telah mendapat ribuan likes itu telah dimuat naik oleh Uztaz Kamilin menjadi perhatian netizen dek kerana pelajar yang masing-masing seawal usia lapan tahun dan sembilan tahun berkebolehan untuk menghafal 7 juzuk Al-Quran, manakala, Zara 8 juzuk.

DEKNA & ZARA: INGAT SEPERTI MELIHATKedua-dua si cilik ini merupakan anak didik saya yang termuda di Darul Siddir.Dekna yang baru berusia 8 tahun, dan Zara yang berusia 9 tahun.3-4 bulan lepas, kedua mereka hampir langsung tidak pandai menulis tulisan arab. Alhamdulillah hasil latihan intensif, kini mereka sudah mampu menulis Quran lebih indah dari tulisan saya sendiri.Sebelum ini mereka sering berasa rendah diri dan “takut-takut” untuk diuji bersama rakan-rakan lain yang lebih besar.Kini para “gergasi” pula yang gentar dengan memori si cilik comel ini.Kedua-dua mereka menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat mengejutkan sejak 2-3 minggu lepas, dari pelajar yang sering ketinggalan kerana bersaing dengan abang-kakak yang lebih berusia, kini mampu berdiri garang di hadapan.Anak-anak yang berhati suci dan semuda ini jika diberi teknik latihan hafazan yang tepat penuh “enjoy”, tidak mustahil sedikit gambaran memori atau hafalan ajaib para ulama terdahulu dapat dijelmakan semula.Ini yang dikatakan: “Mengingati Quran bagaikan ia terbentang di depan mata…”.Saksikan!

Posted by Kamilin Jamilin – Seni Hadith on Sunday, March 4, 2018

Pelajar yang comel dan kecik molek itu merupakan antara pelajar paling muda di pusat Tahfiz Darrul Siddir. Beliau mula menghafal Al-Quran sejak berusia 6 tahun.

Tambahnya, beliau mengambil masa selama satu hari untuk menghafal satu juzuk Al-Quran.

Merupakan sahabat baik kepada Dekna, mereka juga beljar dalam satu kelas yang sama. Zara mula menghafal Al-Quran ketika umur 7 tahun apabila melihat abangnya, yang juga pelajar tahfiz yang ketika itu sedang membaca Al-Quran.

Bermulanya dari situ, Zara tertarik dengan cara abangnya dan mula belajar untuk menghafal Al-Quran.

Sejuk tengok adik-adik ni menghafal Al-Quran. Semoga menjadi insan yang solehah dan berjaya di dunia dan kahirat.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password