Didik untuk bertudung pada awal usia, kecomelan anak Lufya Omar buat netizen geram!

Didik untuk bertudung pada awal usia, kecomelan anak Lufya Omar buat netizen geram!

Anak-anak selebriti sememangnya menjadi tumpuan orang ramai disebabkan kecomelan dan keletah mereka yang sangat mencuit hati serta menghiburkan.

Bukan sahaja ibu atau bapanya yang menarik perhatian, malah anak-anak juga kadang kala terkena tempias populariti daripada mereka terutamanya melalui laman media sosial.

Sama juga seperti pelakon Lufya Omar apabila sering kali memuat naik gambar anak perempuannya, Laana Haura di laman Instagram miliknya.

.

Namun apa yang menarik perhatian, Lufya yang pernah muncul menerusi program realiti Akademi Fantasia 6 tersebut sememangnya rajin memakaikan tudung untuk anaknya, mungkin merupakan proses mendidik di awal usia bagi menutup aurat.

.

.

Menerusi ruangan komen, sudah semestinya kecomelan Laana menarik perhatian netizen untuk memberikan pelbagai reaksi yang rata-rata memuji keindahan wajah bayi berusia enam bulan itu.

.

.

.

.

Lufya mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 serta melahirkan bayi perempuan sulung itu secara normal di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara.

.

.

Sumber : Lufya Omar

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password