Di bungkusan Milo memang 40 peratus gula, tapi…

 

Selepas hebat dipertikaikan, Nestle mempertahankan minuman keluaran syarikatnya, Milo merupakan minuman sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestle, Othman Md Yusoff berkata walaupun ia mengandungi 40 peratus gula, apabila dibancuh kandungan itu hanya tinggal enam peratus sahaja.

“Bagi saya, minuman Milo ialah minuman yang sihat.

“Sebenarnya, di bungkusan memang tertulis gula sebanyak 40 peratus, 40 peratus gula itu, 20 peratus daripadanya ialah daripada susu, laktosa dan malt.

“Susu yang ada merupakan susu yang mempunyai gula semula jadi dan baik untuk badan. Lagi 20 peratus itu gula dan ia dalam bentuk serbuk.

“Selepas lima sudu teh Milo ditambah dengan 200 mililiter air panas, jumlah gula kemudian menjadi enam peratus sahaja iaitu tiga peratus daripada susu tadi dan tiga peratus lagi gula.

“(Kadar) 40 peratus itu bila tidak dicampur air. Jadi sebenarnya hanya enam peratus gula sahaja yang masuk ke badan. Video yang viral itu mengelirukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibu negara hari ini.

Othman berkata demikian sebagai menjawab dakwaan video yang tular di media sosial yang mendakwa Milo tidak sihat kerana mengandungi gula yang tinggi, sekali gus menggemukkan.

Berkaitan: Penggunaan ‘sihat’ mesti dipantau macam logo halal

Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password