Demi bakat dan karier seninya, Eira Syazira & keluarga nekad pindah ke Jakarta

Demi bakat dan karier seninya, Eira Syazira & keluarga nekad pindah ke Jakarta
Sering memuat naik rakaman video lucu mengenai suami dan anaknya, namun siapa sangka pelakon Eira Syazira semakin komited apabila bakal mengembangkan bakat seninya di Indonesia..

.

Menurut laporan Berita Harian Online, setelah hampir tiga tahun tertangguh selepas dilamar syarikat pengurusan artis Indonesia kerana hamil anak ketiganya, kini pelakon drama Cinta Balqis itu akan berpindah ke Jakarta, bulan depan.

Dengan perasaan sangat teruja, Eira akan bernaung di bawah syarikat Positif Arts Entertainment yang turut menguruskan artis popular Indonesia seperti Ayu Tingting, Wali Band, Matta Band dan Kerispatih.

.

Menurut Eira, walaupun suami dan anak-anak akan pergi bersama, dia berasa berat hati untuk meninggalkan keluarga dan tanah air bagi mendapatkan peluang yang lebih baik di negara orang.

Isteri kepada pelakon Azad Jazmin itu berkata, perasaan takut wujud kerana risau diperdayakan dan dipermainkan, namun kepercayaan perlu diletakkan sepenuhnya setelah hampir tiga tahun bernaung di bawah syarikat berkenaan.

.

Tambah Eira, dia bakal menghasilkan album di bawah naungan syarikat rakaman, PT Nagaswara Sakti selain diberi peluang membintangi drama atau sinetron, Ramadan ini.

Nampaknya semakin murah rezeki Eira dan suami serta anak-anaknya sempena kedatangan bulan Ramadan ini. Kalau dah tinggal di negara orang tu, jangan lupa menjenguk kami di Malaysia pula ya!

Sumber : Berita Harian Online

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password