DEDAH KAHWIN KERANA SIMPATI

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: DEDAH KAHWIN KERANA SIMPATI
Menerusi laman Instagram, pelakon Zarina Zainuddin telah kongsikan kisah perkahwinannya dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar selain mendedahkan perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta tetapi sebenarnya atas dasar kasihan.

Kata Zarina lagi, dia menyedari hati wanita lain terluka disebabkan perkahwinan itu walaupun mendapat keizinan.

Untuk makluman, pada 13 Julai lalu telah genap 25 tahun usia perkahwinan Zarina Zainuddin dengan usahawan tersebut sebagai isteri kedua.

“13 julai 1993 tarikh keramat saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki dan menjadi isteri keduanya.. saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai..

“Walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka disaat saya baru mengejar bahagia.. perkahwinan dalam usia saya 22 tahun.

“Saat itu saya cuma katakan padanya saya takde sesiapa kakak hidup saya macam lalang ditiup angin kekiri kekiri lah saya ditiup angin kekanan kekananlah saya.. Kalau kakak izinkan saya kawin, Allhamdulilah dengan izinnya.. kawinlah saya nun jauh di seberang sana..,” kongsinya.

Tambah Zarina lagi, suaminya memberitahu dia lebih mementingkan isteri pertama dan tiada cinta dalam dirinya terhadap Zarina. Namun dia memintanya bersabar dan akhirnya mereka masih bersama sebagai suami isteri.

“Selepas 3 bulan kawin suami saya berkata pada saya.. abang kawin dengan ina sebab abang kesian saja, kakak lah segala galanya dalam hidup abang lepas kawin baru abang sedar abang lebih perlukan dia..

“Kalau ina nak cinta, cinta ni tak ada.. kalau sabar adalah nanti.. kawinlah saya tanpa cinta.. dan saya masih ingat lagi kata suami saya abang tak nak isteri yang abang keluar ikut depan dia keluar ikut pintu belakang..

“Kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan sabar dan sabar.. Terima kasih abang.. sabar itu separuh dari iman 💕,” katanya yang kini bahagia bermadu.

Dalam pada itu, Zarina berkata, perkongsiannya itu diharap dapat menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua dalam memahami erti sebenar cinta.

“Semoga ini semua menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua.. anda boleh dapat cinta tapi anda tidak akan dapat mengusai cinta.. cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja yang lain berserahlah padanya.. #khasuntukmerekayangbermadudiluarsana #sharingiscaringandforgivingallways #ujumpijump

“Saya pernah buat silap..tapi anak2 ini banyak menyedarkan saya kuasa Allah lebih hebat dari segalanya..,” tulis Zarina di IGnya.

Hasil perkahwinan dengan Datuk Raihan, mereka dikurniakan dengan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar (Autism) Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password