Datuk Siti Nurhaliza Buat Rakaman Nyanyi Lagu Didi & Friends Pun Sedap…

Datuk Siti Nurhaliza Buat Rakaman Nyanyi Lagu Didi & Friends Pun Sedap...

Berita yang bakal menggembirakan kanak-kanak di seluruh Malaysia tersebut, telah dikongsi pengurus Siti, Rozi Abdul Razak di laman sosial Instagram (IG).

SELEPAS empat bulan dikuarantin, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meluangkan masa ke studio untuk membuat rakaman lagu kanak-kanak siri animasi popular, Didi & Friends.

Berita yang bakal menggembirakan kanak-kanak di seluruh Malaysia tersebut, telah dikongsi pengurus Siti, Rozi Abdul Razak di laman sosial Instagram (IG)nya pada Ahad.



Menariknya, Rozi turut memberitahu ketika di dalam studio Siti menyanyikan lagu-lagu animasi popular Didi & Friends sambil duduk. Comel kan?

Rozi turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan produksi Digital Durian (DD) Animation, yang sanggup menunggu dan memberi masa kepada Siti dalam tempoh berehat.



“Selepas 4 bulan ‘dikuarantin’, @ctdk meluangkan waktu ke studio untuk rakaman lagu kanak-kanak. Lagu yang mudah dan beliau menyanyi sambil duduk. 
Alhamdulillah, seluruh team #didiandfriends ini sanggup menunggu dan memberi waktu kepada @ctdk dalam tempoh berehat dan akhirnya dilunaskan tugasan ini semalam. 



Terima kasih di atas pengertian ini. Saya selalu percaya, dalam apa jua perkara yang kita lakukan, sama ada bekerja dengan pihak yang sudah biasa atau dengan pihak yang baru, pengertian, pemahaman, bertolak ansur dan menjaga hubungan pekerjaan itu penting untuk kebaikan bersama. 

Tugas menjaga ‘ibu hamil’ agak melucukan tapi saya sudah dibiasakan sejak 4 bulan lalu. Nanti saya ceritakan di dalam fotobiografi @ctdk, inshaAllah akhir 2018 nanti.”

VIDEO:

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on



Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password