‘Datuk Seri’ kes pukul Rela didakwa berkaitan dadah

Ahli perniagaan berusia 29 tahun bergelar ‘Datuk Seri’ yang telah didakwa kerana menyerang tiga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan lampau berkait dadah.

Liow Soon Hee, 29 tahun minta dibicarakan terhadap tuduhan di bawah Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Majistret Namirah Hanum Albaki menetapkan 4 Disember 2017 ini untuk mendegar kes.

Menurut kertas pertuduhan, ujian air kencing Liow didapati positif methamphetamine ketika ditahan di balai polis daerah Dang Wangi pada 1 Februari 2014.

Liow dibebaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan Namirah mengarahkan dia untuk melapor diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes itu berakhir.

Liow ditahan semula oleh pasukan anti narkotik dari balai polis Dang Wangi di luar Mahkamah Sesyen Ampang Jaya pada Jumaat selepas beliau membayar wang jaminan berjumlah RM17,000 terhadap empat pertuduhan yang dihadapi beliau dalam hubungan dengan dakwaan menyerang tiga anggota RELA itu.

Wang jaminan berpatutan

Serangan terhadap Lee Weng Poh, 27 tahun, Melvin Cheong Mun Khai, 21 tahun dan Leong Jun Jie, 21 tahun didakwa dilakukan di kawasan sekitar Kuil Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang pada 6.30 pagi 27 Oktober 2017 lalu.

Peguam Farhana Abdul Halim mewakili Liow manakala pendakwaan dilakukan DPP Akmal Anuar.

Farhana sebelum ini memohon untuk wang jaminan yang berpatutan kerana tujuannya hanya untuk memastikan Liow hadir di mahkamah dan beliau berisiko rendah untuk lari dengan empat pertuduhan lain yang telah didengar.

Difahamkan Liow juga dijangka akan berdepan dengan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret Ampang Jaya tengahari ini.

[Baca berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password