Datuk K, Siti terkilan wajah bayi tular tanpa restu

Cadangannya ialah, wajah dan nama bayi itu usah disebarkan terlebih dulu. Biar saja seadanya sehingga genap seminggu barulah diuar-uarkan.

Tapi itulah. Belum pun sampai 24 jam bayi itu lahir, gambarnya sudah menjadi tular di media sosial.

Justeru dapat difahami jika pasangan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berasa terkilan dengan apa yang terjadi.

Khalid bagaimanapun tidak bermain teka-teki – seperti sesetengah orang – mengenai imej berkenaan. Sebaliknya secara terbuka beliau mengakui gambar yang tular itu adalah anaknya yang selamat hadir ke dunia melalui pembedahan pagi semalam.

Cuma Khalid mengakkui berasa sangat terkilan dengan sikap individu tidak bertanggungjawab yang menyebabkan imej bayi terbabit terpapar dengan meluas.

“Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan,” katanya seperti dilapor BH Online.

Khalid berkata perkara itu berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarahi Siti Nurhaliza serta anak mereka.

“Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas,” katanya.

Gambar yang menjadi tular itu menunjukkan seorang bayi dipangku oleh seorang wanita memakai tudung dan baju berwarna kelabu.

Masanya akan tiba

Sementara itu mengenai nama bayi berkenaan Khalid berkata mereka berhasrat mengikut sunnah nabi dengan memberikannya pada hari ketujuh.

Dalam pada itu, Khalid meminta orang ramai agar tidak keliru dengan panggilan Fatimah Az Zahra untuk bayi itu.

Katanya, nama berkenaan bersifat sementara dan digunakan sebelum nama sebenar diberikan dan diumumkan dalam majlis yang sudah dirancang.

“Ramai yang keliru sebenarnya kerana menyangkakan Fatimah itu adalah nama kekal.

“Itu hanya gelaran yang kami berikan kepada bayi kami sebelum mengumumkan nama yang sudah pun kami pilih,” katanya.


Baca Siti Nurhaliza mengidam limau manis Palestin


Bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan Siti Nurhaliza secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 8.17 pagi semalam.

Sementara itu, pengurus Siti, Rozi Abdul Razak turut meminta semua pihak menghormati masa, ruang, hak, privasi dan kepercayaan mereka sekeluarga.

Katanya ia kerana mereka sudah dalam perancangan untuk Siti Nurhaiza dan Khalid berkongsi sendiri mengenai perkembangan anak mereka.

“Sebagai menghormati @ctdkdan suami, saya rasa kita yakinlah dengan apa yang mereka sudah katakan, akan tiba hari dan masanya.

“Maaf kepada yang bertanya kerana saya memilih untuk menghormati @ctdk dan suami,” katanya.

Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password