“Dato’ dah gila ke?” – Mangsa dedah kronologi saat-saat beliau dipukul oleh Farid Kamil

"Dato' dah gila ke?" – Mangsa dedah kronologi saat-saat beliau dipukul oleh Farid Kamil

 

Apabila polis mengesahkan Datuk Farid Kamil positif dadah jenis ganja, ramai yang seakan tidak percaya. Malah, adik beliau sendiri Fadzil Zahari juga terkejut mendengar berita abangnya mengamuk dan menimbulkan kekacauan kerana itu bukanlah sikap sebenar Farid.

Terbaru, tular pula satu laporan polis oleh lelaki yang membawa Farid ke balai polis  tengah hari tadi. Sebelum  kejadian di balai polis tersebut berlaku, individu itu memberitahu beliau menjumpai Farid tidak berbaju didalam hujan dan meminta pertolongan.

Sepanjang perjalanan mereka ke balai polis, lelaki tersebut mengakui Farid kelihatan agak resah dan berkelakuan aneh.

Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.20 tengah hari tadi,  Farid  hadir ke balai polis tersebut untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan dan berurusan di kaunter aduan, sebelum secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam. Farid turut bertindak di luar kawalan dengan menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum beliau ditahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pelakon terbabit, lapor Kosmo Online.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” ujarnya

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, bintang filem Lagenda Budak Setan berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

Susulan itu, seorang anggota polis telah membuat laporan polis yang menyebabkan pelakon itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sumber : Beautifulnara | KOSMO!

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password