“DATANG BERAYA SAHAJA” – ERA

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: "DATANG BERAYA SAHAJA"
Kunjungan penyanyi Shahir Zawawi bersama keluarga pada 1 Syawal lalu bukan merisik seblaik kata pelakon Erra Fazira adalah tujuan untuk beraya.

Erra atau Fazira Wan Chek, 44, berkata, kunjungan tersebut disifatkan bukan dengan tujuan istimewa untuk hubungan mereka.

“Saya sudah lama kenal dengan keluarganya. Tiada sebarang perbincangan atau majlis merisik diadakan. Mereka hanya datang beraya sahaja. Malah tiada masakan istimewa pun untuk dia hanya juadah raya saja,” jelasnya.

Erra turut memberitahu bahawa hubungannya dengan penyanyi lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ itu tidak mempunyai sebarang perkembangan terbaharu.

Kata ibu kepada Engku Aleesya, dia dan Shahir masih lagi pada fasa berkawan seperti yang diberitahu sebelum ini.

“Pakai pun tidak sedondon. Anda pasti dengan kecewa dengan jawapan saya kerana kami masih berkawan dan terimalah jawapan itu untuk masa sekarang,” ujarnya.

.

 

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password