Daripada membazir duit belajar, lebih baik buat produk merapu, jual, lagi untung

Daripada membazir duit belajar, lebih baik buat produk merapu, jual, lagi untung

Pamoga satu botol RM160, Datuk Seri Vida kata dia boleh jual sebulan dalam 100,000 botol. Boleh kira sendiri hasil jualan.

Dalam Instagram, ada video dia dakwa makan Pamoga boleh sihat, tulang patah boleh sambung, jalan elok balik.

Bila aku fikir balik macam ini, apa sebenarnya nilai ilmu? Apa nilai kau belajar 6 hingga 7 tahun? Lepas habis belajar, menganggur lagi. Sudah jadi doktor, pesakit tidak mahu ikut nasihat, kena maki, kena komplen. Dimalukan.

Baik buat produk merapu, jual, lagi untung.

Tapi itulah kawan-kawan, nilai ilmu bukan pada duit. Kau mahu sambung belajar, banyak duit yang mengalir keluar, bukan mengalir masuk. Hari ni, orang bodoh tiada ilmu boleh jadi kaya sebab mempopularkan diri dengan cara yang tidak malu. Kau buat muka selenga lawak bodoh dalam Instagram, banyak viewersboleh buat paid review masuk ribu-riban.

Bagi mereka yang menuntut ilmu, kena ikat perut, jimat duit. Bayar macam-macam. Lepas dapat PhD, kena pertahankan ilmu dan kebenaran yang kita junjung tu, ada risiko kena pulau, kena maki, kena tangkap, dihalang bercakap.

Imam As-Syafie pergi kembara beribu batu, banyak habiskan harta untuk ilmu. Imam Ahmad siap kena penjara. Imam Bukhari kena buang emas yang dia ada ke dalam laut.

Tapi tengoklah legasi yang diwariskan, sampai hari ni kita kenal nama-nama ni. Termasuklah ilmu lain pun, para ilmuan yang mempelopori ciptaan, inovasi dan penemuan, sampai hari ni manfaat tu boleh dirasai.

Tetapi untuk orang-orang yang membodohkan diri mereka? Selamat ditelan masa.

Jadi ini pesan kepada adik-adik yang baru bergraduasi, akan ada ketika nilai ilmu itu akan dicabar dengan harta. Peganglah ilmu betul-betul, sebab ilmu itu khazanah yang lagi hebat dari harta. Ilmu boleh bagi pada semua orang, bersambung pula sampai lepas mati. Harta yang kita kumpul, bila mati, kekal di atas bumi.

Sumber : Hidayat Hasni Isa



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password