Dari penjara ke Putrajaya, inilah gambar-gambar lipatan sejarah insan yang bergelar sebagai pejuang rakyat

Dari penjara ke Putrajaya, inilah gambar-gambar lipatan sejarah insan yang bergelar sebagai pejuang rakyat

Sejak beberapi hari kebelakangan ini,  gambar-gambar lama Menteri Pertahanan dan Menteri Kesihatan yang sedang duduk berlunjur sambil memakai baju kemaja-t berwarna oren telah jadi tular di laman-laman media sosial.

.

Bagi mereka yang tidak tahu, gambar kedua-dua orang pejuang rakyat itu diambil setelah mereka ditangkap dan dimasukkan ke dalam Penjara Pudu akibat menganjurkan sebuah demonstari jalanan Protes Harga Minyak (PROTES) pada tahun 2008 semasa zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi yang merupakan Perdana Menteri pada ketika itu.

Perhimpunan aman pada awalnya dirancang petang 14 Jun 2008 di kawasan KLCC terpaksa dibatalkan disebabkan halangan daripada Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di beberapa jalan utama menuju ke bangunan berkembar tersebut.

.

Perarakan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru itu turut di halang oleh pihak Polis di Jalan Raja Muda dan mereka terpaksa melalui Jalan Raja Alang dan terus ke Jalan Raja Laut. Lebih 3000 peserta yang berarak terpaksa berhenti di hadapan kompleks membeli belah Sogo kerana semua jalan disekat. Mereka melaungkan slogan ‘Turun…turun…harga minyak, BN turun, Pak Lah turun, Najib turun’.

Selain daripada YB Mat Sabu dan YB Dr Dzulkifli Ahmad terdapat lagi 2 orang lagi yang turut bergelar sebagai YB iaitu Dr Hatta Ramli (merangkap Pengerusi JK Protes) serta Ginnie Lim.

.

Gambar-gambar ini telah dirakam menggunakan kamera milik salah seorang tahanan. Jadi sebagai mengenang kembali pengorbanan dan jerit payah mereka sebagai pejuang rakyat, gambar-gambar mereka sebagai sebahagian dari lipatan sejarah perjuangan rakyat marhaen dikongsikan bersama-sama netizen di Malaysia.

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password