“Dapat rasa jadi daddy jap tadi.. Kalau la ada baby sendiri…” – Luahan Izzue Islam buat peminat tersentuh hati

"Dapat rasa jadi daddy jap tadi.. Kalau la ada baby sendiri…" – Luahan Izzue Islam buat peminat tersentuh hati

Pelakon dan penyanyi kumpulan Forteen, Izzue Islam redha setelah lima tahun mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya, Awin Nurin namun masih belum mempunyai rezeki untuk mendapatkan cahaya mata.

.

.

Terbaru, pelakon filem Suami Aku Ustaz itu telah memuat naik sebuah rakaman video berkongsi pengalaman dia yang dapat mendukung seorang kanak-kanak ketika mengadakan persembahan di Kuala Krai, Kelantan.

Dapat merasa jadi daddy kejap petang tadi masa kat event @starcamp18 di Kuala Krai, Kelantan. Terbayang kalau ada baby sendiri. Takpe sayang @awinnurin, belum rezeki kita lagi. Nanti rezeki kita dah sampai, kita buat lagu untuk baby pulak ok? Aminn.

Rata-rata peminat tersentuh hati dengan kenyataan melalui kapsyen tersebut dan mendoakan pasangan itu dikurniakan zuriat secepat mungkin.

.

.

Sumber : Izzue Islam

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password