Dakwaan rogol, Weinstein bakal hilang pingat

Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka menarik semula anugerah Legion d’Honneur penerbit dan pengarah filem Harvey Weinstein susulan beberapa dakwaan gangguan seksual dan rogol.

“Saya sudah mengambil beberapa langkah untuk menarik Legion d’Honneur dari Weinstein,” kata Macron seperti dilapor akhbar Independent.

Weinstein, 65, yang pernah memenangi beberapa Oscar untuk filem terbitannya termasuk The Artist, menerima anugerah tertinggi “Chevalier” daripada bekas presiden Nicholas Sarkozy pada Mac 2012.

Weinstein turut terkenal kerana menerbitkan beberapa filem indie seperti Pulp Fiction, Clerks, The Crying Games dan Sex, Lies and Videotape.

Weinstein turut menjadi penerbit eksekutif bagi The English Patient, Good Will Hunting, The Lord of the Rings, Inglourious Basterds, Kill Bill, Scream, Scary Movie dan Rambo.

The Grande Chancellerie de la Legion d‘Honneur adalah badan bertanggungjawab terhadap anugerah itu ditubuhkan pada 1802 oleh Napoleon Bonaparte.

Tindakan membatalkan anugerah begitu jarang berlaku walaupun ia pernah dilakukan ke atas bekas pelumba basikal Amerika Syarikat, Lance Armstrong yang gagal ujian doping.

Weinstein bagaimanapun menafikan pernah melakukan hubungan seks tanpa persetujuan ke atas sesiapa dan beliau juga masih belum dikenakan sebarang tuduhan melakukan serangan seksual.

Beberapa pelakon Perancis menuduh Weinstein merogol dan mencabul mereka ketika penampilan di Festival Filem Cannes.

Lebih 12 wanita termasuk aktes Angelina Jolie, Gwyneth Paltrow dan Rose McGowan (foto, kanan) – telah membuat pelbagai pertuduhan ke atas Weinstein.

Macron berkata, beliau mahu mempercepatkan prosedur siasatan dan membuat dakwaan ke atas kes gangguan seksual di Perancis bagi mengalakkan lebih ramai wanita berani tampil membuat kenyataan.

Sementara itu, Perdana Menteri Perancis Edouard Philippe, mengumumkan keputusan untuk menarik anugerah daripada Weinstein selepas The Academy of Motion Picture Arts and Sciences bertindak membatalkan keahlian anggotanya.

Semalam polis mengumumkan sedang menyiasat dakwaan daripada beberapa wanita di UK yang menuduh Weinstein melakukan serangan seksual terhadap mereka.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password