“Dahlah setiap kali amik Uber pakai promo code, lagi banyak cekadak!” – Lelaki selar penumpang yang suka ugut bagi rating 1 bintang pada pemandu Uber

“Dahlah setiap kali amik Uber pakai promo code, lagi banyak cekadak!” – Lelaki selar penumpang yang suka ugut bagi rating 1 bintang pada pemandu Uber

 

Profesion bergelar sebagai seorang pemandu Grab ataupun Uber bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah, ataupun semudah apa yang orang ramai sangkakan.

Berdepan dengan pelbagai jenis pelanggan terutamanya jenis yang keras kepala dan kuat complaint merupakan salah satu cabaran yang harus dihadapi dengan tenang sekiranya anda bergelar seorang pemandu Grab atau Uber.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah memberikan pendapat beliau jenis-jenis penumpang yang paling tidak digemari oleh ramai pemandu Uber ataupun Grab.

Menerusi laman Twitter, Jarr Najmuddean telah mengecam perangai riak sesetangan penumpang yang gemar mengugut pemandu untuk memberikan rating 1 bintang sekiranya pemintaan mereka tidak dapat ditunaikan.

Lebih teruk lagi, perangai sesetengah mereka yang kedekut tetapi mahukan servis bertaraf teksi eksekutif juga turut membuatkan ramai pemandu menjadi geram dan menyampah serta-merta. Baca luahan beliau di bawah:

Aku tak pernah ada isu dengan Grab/Uber drivers ni. Kalau demeh pesen bersembang gua layan. Kalau demeh diam, aku diam. Kekadang aku cuba berbual. Tak salah pun being nice to people. Mana tahu they’re having a bad day.

So aku sedikit tak faham bila ada orang yang jenis “i’ll give you 5 stars if you shut up” or “amenda lah driver sombong taknak bercakap”. Kita sikit pun tak tahu macam mana hari dorang masa tu. Make the world a better place.

What makes me happy is when i make others happy. Paling kokak pun senyum dengan orang. Bila orang hati senang, hati kita senang, perjalanan seharian pun insha Allah Tuhan bagi senang.

Kenapa kita asyik nak kondem drivers Grab/Uber dengan hal hal remeh? Maybe ada yang salah dorang. I mean benda-benda kecil. Dan kenapa nak treat dorang tu dah macam servant? Dorang provide service, kita guna service depa. Give and take lah.

Oklah. I’ll stop here. Jadilah manusia yang bertimbang rasa. Jangan ingat kita superior sangat. Masing-masing sama memerlukan. Dahlah tiapkali amik Uber/Grab pakai promo code. Lagi nak banyak bunyi. Eh dahlah. Malas aku layan.

Sumber : Jarr Najmuddean

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password