“Dah tak kisah pasal baju raya…” – Hanya ingin balik kampung, Rita Rudaini syukur anak memahami

"Dah tak kisah pasal baju raya…" – Hanya ingin balik kampung, Rita Rudaini syukur anak memahami

Lima tahun bergelar ibu tunggal membuatkan kecekalan dan ketabahan pelakon jelita Rita Rudaini menjadi inspirasi dan contoh terbaik buat para ibu yang lain.

Sedang para selebriti lain sibuk membuat persiapan menyambut Syawal, tetapi pelakon drama Ketupat Rendang Brownies Coklat kelihatan lebih memberi keutamaan bagi anaknya.

Terbaru, wanita berusia 42 tahun itu telah memuat naik gambar dua pasang baju Melayu untuk digayakan oleh anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Walaupon sorg2,sibuk sana sini tp alhamdulillah sempat siapkn bj anak2…bj raya mommy xde…lps dpt ank,mommy dah xkisah dah psl bj raya…mmg xde…harap pakai bj org hadiah je..xkisah pon..kdg2 pakai je apa yg ada….anak2 lebih penting…tp nasib baik dpt ank2 yg xmeminta2..tanya nak kasut x? Dorg xnak..nak bj raya x? Dorg xnk,dorg ckp bj dulu dah ada…😪 sedih dgr….bila mommy bli bj melayu sorg dua pasang,ryan bebel..dia ckp ‘nape mommy membazir? Bli dua?’ Dlm hati mommy sebak nk mati…mommy jwb ‘xpe lah,nnti kt sek ada celeb raya ble pakai’ …tanya nk bj casual x? Xnak jugak…so ryan n adik nk apa utk raya? ‘Xnak apa2,ryan nk balik kg je’ 😔 sayu dgr….mungkin tuhan nk bg mommy senang dgn cara ni…… #beliduitsendiri #tiaptiaptahun #setiapkaliraya #xdesapasponsor #xdesapabagibajurayaduitrayakatanak . . Cc @iamellymazlein buat kak lina pom pom,xyah heran laa klau pak dia xbg bj raya ka…lantak depa….mmg mula2 terasa sedih,geram,sampai ati buat ank mcm ni..tp lps dah tiap2 tahun mcm tu,kami dah lali n xheran 🙃 …org kt luaq sana mesti ingat pak depa bg bj raya,duit raya,byq sek….hanya kami n tuhan je yg tau 🙃 doa byk2 supaya kita anak beranak di jauhi dr manusia munafik dan didik ank2 kita seelok elok perangai @hj.zil @sudyrtahir

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

“Lepas dapat anak, mommy dah tidak kisah pasal baju raya, memang tidak ada. Harap pakai baju orang hadiah je. Diorang cakap baju dulu dah ada.

“Anak2 lebih penting tapi nasib baik dapat anak2 yang tak meminta2. Tanya nak kasut dan baju raya tak, diaorang tak nak. Mereka kata baju lama ada lagi.

“Bila mommy beli saya Melayu dua pasang serang, Rayyan membebel. Dia cakap, kenapa mommy membazir. Dalam hati mommy sebak nak mati.

“Mommy jawab takpelah,  nanti kat sekolah ada sambutan raya boleh pakai. Tanya nak baju kasual tak? Tak nak juga. So Ryan dan adik nak apa untuk raya?

“Tak nak apa2, Ryan nak balik kampung je. Mungkin Allah nak bagi mommy senang dengan cara ini,” luah hatinya menerusi ruangan kapsyen.

Rita juga tidak lupa turut berpesan kepada pelakon Elly Mazlein supaya bersabar jika bekas suami tidak menyediakan persiapan raya buat anak.

Sumber : Rita Rudaini

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password